Ketika 'kekayaan' dan gelarannya dipertikai oleh pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos, ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly berkata perkara itu bukan pelik.
Selepas Di Tumbuk, Jamal Sekali Lagi Dimalukan Apabila Adam Rosly Dedahkan Perkara Sebenar |
Malah, Adam, 28, mendedahkan beliau mendapat gelaran itu serentak dengan Jamal, daripada sultan yang sama.
ARTIKEL MENARIK:
1. Rafizi Ramli Dipenjarakan 18 Bulan Kerana Dedahkan Skandal 1MDB, Ini Komen Pedas Terbaru TMJ Kepada Kerajaan Malaysia
2. Pemberian BR1M Tahun 2017 Hanya Diberikan Kepada Ahli UMNO Dan BN Sahaja Pembangkang Tidak Layak Terima BR1M!! Sila Hebahkan segera!!
3. UPDATE BR1M 2017. Syarat Baru BR1M 2017 & Kemaskini Permohonan BR1M 2017 Di Sini ! MOHON SHARE !
4. Nama Damia Bermaksud Tempat Keluarnya Darah? Ini Penjelasan Dr MAZA
5. Betul Ke Maksud Nama Damia, 'Tempat Keluarnya Darah'? - Surat Sokongan Pertukaran Nama Cetus Kebimbangan Ibu Bapa
“Kenapa (umur) 28 tahun jadi kaya? Seluruh rakyat Malaysia tahu ramai anak muda yang kaya. Ramai yang muda dapat Datuk.
“Saya nak maklumkan saya dapat Datuk sebaris dengan Datuk Jamal. Saya sebaris dengan dia di depan Tuanku.
“Kalau dia pertikai kenapa saya dapat gelaran Datuk. Dia (Jamal) dapat Datuk tahun ini dan Datuk Seri tahun ini. Jangan tekan dan aibkan orang,” katanya kepada pemberita di luar IPD Ampang.
Ketika berita ini disiarkan, Jamal bersama wartawan sudah berangkat dengan helikopter untuk meninjau “kekayaan” di rumah Adam di Ampang, setelah mengumumkan perkara itu semalam.
Jamal mendakwa, Adam memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam parti PKR.
Adam hari ini menjelaskan beliau membeli kediaman di Ampang dengan harga RM1juta selepas membida dalam lelongan.
“Saya bida dalam bank RM1 juta, bukannya RM7 juta.
“Bank jual rumah terbengkalai, reka bentuk rumah itu kekal sama. Bukan saya yang reka nak duduk rumah dalam Disneyland.
“Kalau tuan-tuan berada di Ampang dengan rumah di Ampang harga RM1juta sejuta (itu) sangat murah. Rugi kalau tak beli dengan reka bentuk yang begitu cantik tapi jadi viral dan fitnah pada saya,” katanya.
Adam juga bersedia kesnya itu dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya dimaklumkan daripada media, beliau berikrar untuk turun ke rumah saya, naik helikopter, mungkin rumah saya itu (luas) 10 hektar, mungkin ada kebun kelapa sawit, ada dinosaur, kolam ikan atau kolam renang.
“Saya minta Jamal dan ketua Umno Bahagian Ampang Ismail Kijo buat laporan polis atau laporkan pada SPRM saya bersedia beri kerjasama baik untuk beri keterangan dan jaga amanah di negeri Selangor,” katanya.
Adam bersih?
Sementara itu anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin pula berkata beliau yakin bahawa Adam bersih daripada sebarang skandal.
Katanya, beliau tidak pernah memberikan Adam sebarang jawatan mahupun lantikan politik.
“Saya tak jadi keraguan dan yakin Datuk Adam bersih dan tak ada skandal, saya tak beri jawatan sebagai ahli majlis, ketua kampung, apapun lantikan politik.
“Dia berwibawa, dia ahli perniagaan, ayah dia ahli perniagaan, itu rezeki dia,” katanya.M.News & MK
Post a Comment