Rafizi Ramli Dipenjarakan 18 Bulan Kerana Dedahkan Skandal 1MDB, Ini Komen Pedas Terbaru TMJ Kepada Kerajaan Malaysia

Rafizi Ramli Dipenjarakan 18 Bulan Kerana Dedahkan Skandal 1MDB, Ini Komen Pedas Terbaru TMJ Kepada Kerajaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Nov — Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli hari ini dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mac lepas.

Rafizi Ramli Dipenjarakan 18 Bulan Kerana Dedahkan Skandal 1MDB, Ini Komen Pedas Terbaru TMJ Kepada Kerajaan Malaysia
Rafizi Ramli Dipenjarakan 18 Bulan Kerana Dedahkan Skandal 1MDB, Ini Komen Pedas Terbaru TMJ Kepada Kerajaan Malaysia

Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan yang dihadapi Mohd Rafizi, dan memerintahkannya menjalani hukuman tersebut secara serentak.


ARTIKEL MENARIK:
1. Pemberian BR1M Tahun 2017 Hanya Diberikan Kepada Ahli UMNO Dan BN Sahaja Pembangkang Tidak Layak Terima BR1M!! Sila Hebahkan segera!!

2. UPDATE BR1M 2017. Syarat Baru BR1M 2017 & Kemaskini Permohonan BR1M 2017 Di Sini ! MOHON SHARE !

3. Nama Damia Bermaksud Tempat Keluarnya Darah? Ini Penjelasan Dr MAZA

4. Betul Ke Maksud Nama Damia, 'Tempat Keluarnya Darah'? - Surat Sokongan Pertukaran Nama Cetus Kebimbangan Ibu Bapa

5. Hampir 300,000 Rakyat Kelantan Hadapi Masalah Mental

Naib Presiden PKR itu menghadapi dua pertuduhan iaitu didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Mohd Rafizi, 39, yang juga Setiausaha Agung PKR turut menghadapi pertuduhan kedua, iaitu didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan masa sama pada 28 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan difailkan ke Mahkamah Tinggi, dengan menaikkan jumlah jaminan daripada RM3,000 kepada RM5,000. — Bernama

susulan itu kenyataan TMJ melalui twetter beliau mendapat viral laman sosial facebook.


Walaubagaimanapun, pihak admin tidak pasti sama ada ini adalah akaun Twitter rasmi TMJ atau akaun palsu.

-MNews
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post