Nora Tukar Lagu Lagi Untuk GV Separuh Akhir?? Ini Komen Panas Raqim Ahmad (Pihak Astro) Buat Media Hairan Dan Netizen Bengang!!

Nora Tukar Lagu Lagi Untuk GV Separuh Akhir?? Ini Komen Panas Raqim Ahmad (Pihak Astro) Buat Media Hairan Dan Netizen Bengang!!

Kecoh netizen apabila peserta musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza, Nora diberi lagu sendiri, Sandiwara untuk didendangkan melalui segmen lagu pilihan media di pentas separuh akhir, Ahad ini.

Nora Tukar Lagu Lagi Untuk GV Separuh Akhir?? Ini Komen Panas Raqim Ahmad (Pihak Astro) Buat Media Hairan Dan Netizen Bengang!!
Nora Tukar Lagu Lagi Untuk GV Separuh Akhir?? Ini Komen Panas Raqim Ahmad (Pihak Astro) Buat Media Hairan Dan Netizen Bengang!!

Nora dikantoikan astro, rupanya dia sendiri berkeras tak nak nyanyi lagu dipilih?


ARTIKEL MENARIK:
1. GV3: 'Nyanyi Lagu Sendiri, Tanyalah Penyanyi Itu Sendiri' - Astro

2. Sayu : Zarul menahan sakit REBAH di Gegar Vaganza selepas SITI SARAH (6 Gambar)

3. MEMALUKAN ! Ramai Tak Perasan ! Inilah Perkara Paling JIJIK Yg Berlaku Malam Tadi Di Konsert Gegar Vaganza !

4. Penonton MENGAMUK, Dakwa Dato Seri Vida Perdaya Peminat Gegar Vaganza

5. (5 Gambar) Inilah Pakaian Seksa Raja Ilya Di Anugerah Skrin Dikritik Para Penonton


Tidak cukup itu, netizen mempertikai mengapa lagu yang dimuatkan dalam album sulung Nora itu menjadi pilihan media, sedangkan banyak lagu lain boleh disampaikan penyanyi bersuara nyaring itu serta tidak adil kepada peserta lain.

Hakikatnya, kumpulan media juga terkejut dengan pengumuman dibuat penganjur GV berikutan Sandiwara tidak tersenarai dalam lagu pilihan media, sebaliknya Nora diberi lagu lain.

Mengulas kontroversi itu, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad mengesahkan wujud pertukaran lagu dalam kalangan peserta GV atas pelbagai alasan.

“Kami sudah memujuk peserta dengan memberi pelbagai penjelasan serta rasional mengapa sesuatu lagu dipilih. Bagaimanapun, artis berkeras untuk tidak mahu menyanyikan lagu pilihan dengan pelbagai alasan seperti tidak sesuai dengan julat vokal mereka.

“Dalam kes Azharina, dia bukan tidak mahu menyanyikan lagu pilihan media. Lagu Fantasia Bulan Madu akan dinyanyikan secara duet dengan Black. Cuma Azharina menukar daripada menyanyikan lagu itu secara solo kepada duet,” katanya.

Mengenai tindakan Nora menyanyikan lagu sendiri berjudul Sandiwara pada peringkat separuh akhir, Raqim berkata, ia bukanlah perkara baru kerana peserta GV musim lalu pernah melakukannya.

“Kalau tak silap saya, Rahmad pernah menyanyikan lagu sendiri dalam pertandingan GV. Mereka penyanyi profesional. Dalam hal ini, kita sudah memberi penjelasan kepada mereka.

“Apabila peserta menolak lagu yang diberi atas alasan sendiri, kami tak mahu memaksa. Mungkin lebih baik jika perkara itu ditanyakan sendiri kepada penyanyi terbabit,” katanya.










Sumber: BH Online

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post