KUALA LUMPUR: Penyanyi Yuna menjelaskan foto kontroversi yang tersebar pada petang Selasa kononnya terdapat kesan gigitan cinta pada lehernya merupakan kesan akibat gigitan labah-labah.
Love Bite Pada Leher Yuna, Ini Penjelasan Yuna Tentang "Lebat" Tersebut |
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 30, berkata, kesan merah itu terjadi akibat alahan pada kulit selepas digigit serangga berkenaan ketika dia menjayakan konsert jelajahnya di Alabama, Amerika Syarikat kira-kira lima minggu lalu.
ARTIKEL MENARIK:
1. [VIDEO] Ingatkan Tengah Berlakon, Rupanya Syamsul Yusof Betul Betul Cedera 😱
2. Ini Respon Mengejutkan Raysha Rizrose Tentang Pakaian Jarang, Tak Pakai Baju Dalam Di ASK2016
3. Didoakan ‘Dihumbankan Dalam Neraka’, Fuh !!! Ini Respon Pembaca Berita Terkenal, Izwan Azir Yang MENGEJUTKAN !
4. Biadap! Netizen Doa Pembaca Berita TV3 Masuk Neraka (3 Gambar)
5. Nora Tukar Lagu Lagi Untuk GV Separuh Akhir?? Ini Komen Panas Raqim Ahmad (Pihak Astro) Buat Media Hairan Dan Netizen Bengang!!
"Ini bukan gigitan cinta tetapi kesan daripada gigitan labah-labah ketika konsert jelajah di Alabama, Amerika Syarikat pada lima minggu lalu.
"Ia bukan sahaja di leher tetapi juga di wajah dan tangan saya yang turut digigit ketika sedang tidur," ujarnya kepada mStar Online.
Yuna ditemui pada majlis sambutan ulang tahun Younder di Hotel St Regis, di sini, malam Selasa.
Dia diminta mengulas tentang sekeping fotonya yang dimuat naik oleh penganjur konsert Rockway yang berlangsung pada Sabtu lalu dipersoalkan netizen.
Sementara itu, tambah Yuna, akibat kesan gigitan labah-labah itu menyebabkan dia mengalami bengkak dan gatal-gatal selama seminggu selepas mendapatkan rawatan.
DMERAH
Post a Comment