'Korang JANGAN PERCAYA Sangat Dengan Taska ! Ini Pengalaman Aku Kerja Di Taska !'

'Korang JANGAN PERCAYA Sangat Dengan Taska ! Ini Pengalaman Aku Kerja Di Taska !'

'Korang JANGAN PERCAYA Sangat Dengan Taska ! Ini Pengalaman Aku Kerja Di Taska !'

'Korang JANGAN PERCAYA Sangat Dengan Taska ! Ini Pengalaman Aku Kerja Di Taska !'

'Korang JANGAN PERCAYA Sangat Dengan Taska ! Ini Pengalaman Aku Kerja Di Taska !'



Assalamulaikum.


ARTIKEL MENARIK:
1. Padah! Rakaman Video Gara-Gara Berebut JANTAN, sehinggakan 'baju dah tak ada' pun masih tak sedar.!!

2. Gara-Gara Pengusaha Kosmetik Terkenal Muatnaik Video Aksi Senaman 'Menghairahkan..Tutt..' Hangat Di Instagram !

3. [VIDEO] Tolong Viralkan!! Inilah Wajah Dan Maklumat Lelaki Cina Halang Dan Cabul Penguatkuasa Wanita Melayu

4. Video seorang wartawan dan jurukamera NTV7 dikejar anjing viral di media sosial cetus rasa geli hati netizen.

5. Didoakan ‘Dihumbankan Dalam Neraka’, Fuh !!! Ini Respon Pembaca Berita Terkenal, Izwan Azir Yang MENGEJUTKAN !

Aku selalu baca confession dekat sini dan terpanggil untuk share pengalaman aku kerja di satu taska ini. Time ini aku baru tengah cuti semester jadi untuk fill 3 bulan cuti itu aku apply lah mana-mana taska yang perlukan pekerja. Jadi kebetulan aku dapat satu panggilan untuk aku jadi cikgu atau penjaga di taska ini.

Owner taska suruh aku datang dalam pukul 7.00 pagi. Aku datang dengan semangat ini sebab yelah first time aku kerja dalam bidang ini walaupun aku dah berpengalaman dalam jaga budak budak ini sebab aku ada banyak sedara yang pernah aku jaga.

Masa aku mula-mula masuk dalam taska itu dia macam rumah taman yang biasa, masa itu hanya ada dua orang cikgu dan ada dalam 15 orang budak budak. (8 orang : 1-3 tahun, 5 orang : 4 tahun, 2 orang : dalam 8-11 bulan) . masa itu aku pikir ramai juga budak-budak sedangkan cikgu ada dua orang je. Cikgu A ini dia macam person in-charge pagi itu, dia buka TV dan buka surah-surah dan video ABCD itu.

Sebabkan aku baru so aku tengok jelah dulu, kaku pula aku nak buat macam mana. Yang ada menangis, ada nak balik, ada yang tarik baju cikgu sebab nak kan perhatian. Lepas itu ada seorang cikgu lain, aku panggil Cikgu B ini dia minta tolong aku untuk bersih satu budak ini sebab dia baru lepas membuang. Aku dalam blur-blur ini buat jelah, tapi aku pelik lepas aku siapkan budak itu ada budak lain datang nak mandi. Jadi aku end up mandikan 15 orang budak-budak itu, nak patah pinggang aku time itu rasa macam terkena pun ada yelah aku baru datang tapi diaorang dah berani bagi aku mandi kan budak-budak itu. Kalau aku main basah je macam mana? nasib baik aku tak jahat lagi. haha. tapi basah kuyup baju aku rasa macam mandi sekali.

Lepas aku keluar bilik air aku kena pakaikan baju untuk budak yang tak pakai baju lagi. Aku kena pakai dalam 5 orang budak-budak, lepas itu Cikgu A itu suruh aku basuh botol budak-budak ini dan buatkan susu. Sebabkan owner tak datang lagi so aku fikir tolonglah jelah dlu. Lepas aku dah buat ikut label nama and susu masing-masing. Cikgu cikgu ini biarkan budak budak ini minum susu dan rehat kejap. Time ini dalam pukul 9 dah settle semua. (Aku tak ingat sama ada masa ini cikgu-cikgu ini ada bagi makan atau tak)

Lepas itu datang lagi sorang Cikgu D. Dia ini macam person in-charge untuk jaga budak-budak dalam umur 7-11 bulan itu. Baby ini diaorang ada dalam bilik lain, masa ini ada bayi yang menangis sebab kan kerja aku dah settle aku angkat lah sekejap sebab kesian tengok dia dah lama menangis, aku tak sampai hati tengok dia menangis.

Tetiba Cikgu D ini marah aku, dia cakap “Jangan biasakan baby ini dukung. nanti dia nak dukung je” aku cakap “Yelah saya paham, tapi dari tadi dia mengangis (masa aku tengah mandikan budak-budak itu lagi) jadi saya dukunglah. dia dah berhenti nanti saya letak balik” dia tengking balik “Kau apa tahu, kau budak-budak lagi” aku balas “Kak saya ada banyak anak sedara dekat rumah jadi saya tahu macam nak handle budak-budak” tapi Cikgu D tetap cakap aku salah, dia buat tak apa. Cikgu D ini dia ada seorang budak yang dia suka so dia asyik jaga budak itu je. Budak lain dia ambil tahu tak tahu je. Kesian aku tengok.

So lepas itu aku duduk dekat ramai-ramai budak yang tengah minum susu itu, aku ada seorang budak ini dia rapat je dengan aku. mana aku pergi dia akan tarik baju aku and ikut aku dengan nangis. Aku tanya dia kenapa nangis, dia cakap “Saya takut dengan teacher. Teacher selalu marah marah saya, saya tak buat salah pun” terkejut aku. Aku cakap okay duduk dengan aku, bila aku cakap macam itu dia terus tak menangis dah ada behave je tak macam tadi asyik menangis je. Time ini aku dah rasa tak sedap hati dah.

Tengah hari lepas itu waktu nak bagi budak-budak makan. Cikgu A ini yang masak, dia masak ikan cencaru goreng dengan kuah kicap.
Yang buat aku pelik sepatutnya hari itu kalau ikut jadual budak budak ini kena makan nasi ayam. Sebabkan aku budak baru aku senyap je tak berani nak bersuara. Cikgu A ini dia bagi aku dalam mangkuk yang sederhana untuk aku suap budak-budak dalam umur 1-3 tahun itu. Mangkuk dia itu macam mangkuk aiskrim itu. Aku suap lah seorang-seorang, tapi biasalah ada yang akan datang dekat kita banyak kali, ada yang tak datang langsung, ada yang lambat, ada yang nak kita pergi dekat dia. Jadi bila nasi dalam mangkuk itu dah habis aku minta lagi sebab aku nak suap budak yang tak datang dekat aku and dekat budak yang lambat makan itu tapi Cikgu A ini tak bagi, aku cakap mana boleh habis tak akan nak biarkan diaorang ini lapar. Dia ambil terus bekas itu and tak bagi aku pun nasi and cakap”Diaorang dah minum susu itu dah tadi” aku mengucap je masa ini.

Lepas itu, ada budak-budak yang dalam umur 6 tahun yang baru balik tadika sampai. Diaorang sampai je terus makan dekat belakang rumah ada kerusi panjang yang dijadikan meja untuk makan dan makanan di masukkan dalam mangkuk. Lepas budak budak ini makan Cikgu A itu minta aku basuh pinggan budak budak ini makan. Aku pun mengikut perintah basuh lah lepas itu dia suruh aku makan, makanan yang sama budak budak itu makan. Nasi, kuah kicap dengan ikan cencaru. Subhanallah, tak rasa pape weyh. Ikan goreng itu tawar, kuah kicap itu pun tawar. Nasib baik aku ambil nasi sikit je kalau tak aku mesti tak habis.

Masa aku tengah makan budak-budak yang dalam umur 3-4 tahun itu Cikgu B itu ajar diaorang ABCD and etc dalam bilik yang lain. Selebihnya main dekat ruang tamu dan ada yang main dekat luar. Lepas itu adalah waktu tidur untuk budak-budak ini. Cikgu A dan Cikgu B sediakan tilam untuk mereka semua ini tidur. Masing-masing dah tahu tilam, masing-masing.

Waktu ini owner dia sampai taska and dia suruh budak-budak ini tidur, aku pun duduk antara budak-budak itu tidur tepuk sikit-sikit then tetiba owner itu cakap “Ha siapa tak tidur, Teacher bagi makan ubat tidur” terkejut aku dengar. Yelah kot ya pun nak suruh budak-budak itu tidur. Dengan muka blur aku, ada seorang budak ini dia cakap dekat aku “Teacher baru, teacher itu memang bagi ubat batuk kalau tak tidur. saya pernah kena” terkejut aku dengar. Aku terus tekat “Today is the first and the last” aku kerja dekat sini.

Aku ada juga dengar cerita antara cikgu-cikgu itu. Dulu ada satu kes budak ini dia main-main then terpukul so lebam mata sorang budak ini, then bila mak dia tanya cikgu kena ini “Cikgu itu cakap dia ini jatuh tadi, masa main-main” so conclusion dia jangan terlalu percaya dengan taska ini. Aku tak lah cakap semua taska macam taska yang aku pergi ini tapi sentiasalah ada perasaan curiga dan selalu bertanya dengan anak tentang tempat taska ini. Sebab budak-budak dalam umur 1-4 tahun ini jarang menipu, tapi kalau dia menipu aku tak tahu. Haaha

Thank you. >_< – kerja sehari.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post