Apalah nasib seorang mualaf ini, dibuang keluarga dan hilang pekerjaan dek persepsi yang tidak betul mengenai mualaf. Sudahlah dibuang keluarga, hilang pula tempat tinggal yang sebelum ini tinggal di rumah tumpangan.
"KAMI DISEKSA OLEH KELUARGA KERANA MASUK ISLAM" . Akhirnya Lelaki Muallaf CERITA HAL SEBENAR kepada USTAZ TERKENAL AL-KULIYYAH. SEDIH SANGAT ! |
Sayu baca perkongsian dari Khairul Anwar Noor Mahadi ini. Mohon sesiapa yang berdekatan, bantulah mualaf ini dan keluarga kecilnya.
ARTIKEL MENARIK:
1. [VIDEO] Yang Terjun Jambatan Pulau Pinang, Anak Murid Saya Tu. Sedih Betul Ustaz...
2. Mari Melihat azab Allah dari Dekat.. Pasti Hati Anda Menangis...
3. ALLAHUAKBAR: 40 Ciri-Ciri Hari Menjelang Kematian, Seseorang Akan Mengalami Hal ini!! Adakah Anda Rasa BEGINI?
4. "Saya Tak Tahan Melihat Mayat Wanita Itu Terlalu Cantik Sebab Itu Saya Nekad Menggali Semula Kuburnya Untuk Bersetubuh Dengannya.. Tapi Apa Yg Berlaku Semasa Saya Membuka . . ."
5. Mimpi Didatangi Ibu Bapa Telah Meninggal Dunia..Ini Punca Yang Ramai Tak Tahu !!!
Oleh Khairul Anwar Noor Mahadi
Lebih kurang jam 2.20 petang, selepas hantar isteri pergi ke tempat kerja, saya rancang nak bawa anak-anak pergi Giant Cheras. Semasa berada di lebuhraya Cheras-Kajang, tiba di lampu isyarat susur keluar Batu 10, nak buat pusingan U, ternampak seorang ibu sedang mendukung anak lelakinya di tengah jalan dalam cuaca yang panas terik. Di tepi selekoh itu pula, ada seorang lelaki terduduk dan motosikalnya terbaring di tepi jalan.
Saya segera membuka beaconlight ke arah mereka. Ingatkan kemalangan, rupa-rupanya motosikal kehabisan minyak.
Melihat keadaan anak kecil di tengah cuaca panas itu, saya segera mempelawa beliau sama-sama pergi membeli petrol di stesen Petronas yang berdekatan. Namun, beliau sendiri tidak tahu ada stesen minyak berhampiran. Jelas sekali menunjukkan beliau bukan penduduk di kawasan ini.
Dalam perjalanan, saya sempat berbual dan bertanya tentang latar belakangnya. Bila ditanya tinggal di mana, soalan itu tidak dijawab dan timbul keraguan, entah-entah penjenayah. Berisiko betul.
Apabila ditanya beberapa kali di mana kediamannya, akhirnya beliau membuka mulut. Mereka sekeluarga tiada tempat tinggal, hanya menumpang teduh di mana-mana asalkan boleh berteduh. Ia bermula apabila mereka disuruh keluar dari rumah ditumpangkan oleh seorang ustaz kepada mualaf-mualaf yang mungkin atas masalah kewangan.
Beliau seorang Cina mualaf bernama Muhammad Hor, berkahwin dengan wanita keturunan orang asli beragama Islam. Kedua-duanya berasal dari Pahang dan mungkin dibuang keluarga lalu berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru dan kini dikurniakan seorang anak lelaki.
Ditanya tentang pekerjaan, Hor mempunyai pengalaman welding selama 21 tahun. Namun, akibat seringkali dibuli, Hor dibuang kerja kerana disalah erti disebabkan statusnya mualaf. Sehingga kini, beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana tiada tempat rumah dan tempat tinggal tetap.
Menurut Hor, beliau pernah ditawarkan kerja dan ditawarkan tempat tinggal bersama rakan sekerja bukan muslim. Bagaimanapun, Hor tidak tahan dengan rakan-rakan serumah yang kerap mabuk dan berjudi serta anak dan isteri terdedah kepada pelbagai ancaman bahaya,
Hati saya mula tersentap dan sedih. Saya belanja mereka minyak motosikal dan hulur sedikit wang sekadar yang mampu agar mereka boleh makan. Nak tolong banyak-banyak, tak mampu sebab saya menganggur. Saya cuma boleh bantu viralkan hamba Allah ini kepada sahabat semua yang berminat untuk membantu dan memberikan pekerjaan serta tempat tinggal kepada Hor sekeluarga.
En. Muhammad Hor 018-2067804
Ada seorang pemandu yang hon, reaksi wajahnya marah menyuruh saya mengalihkan kereta. Bila saya lihat pemandunya, memakai kopiah. Bukan seorang dua pemandu kereta seperti ini. Bangsa lain okay saja, siap angkat tangan. Saya sedih dengan sikap-sikap pak lebai-lebai sekarang ini. Sabar mereka tidak menunjukkan agama.
Post a Comment