Tidak hanya kehilangan 1.2 juta pengikut, pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad, 33, juga kerugian hampir RM200,000 apabila kontraknya bersama beberapa produk terpaksa dibatalkan selepas akaun Instagram digodam, baru-baru ini.
Anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan itu mengakui, laman sosial itu turut menyumbang sebahagian daripada sumber pendapatannya membuatkan dirinya agak tertekan pada permulaan.ARTIKEL MENARIK:
1. TERBARU: Gadis Ini Marahi Saya Setelah Ditegur..Saya TERKENCING Dalam Seluar.. – Ras Adiba .. .. .Inilah Wajah Perempuan yang HINA Ras Adiba sehingga ras adiba terkencing dlm seluar. Astaghfiurllah
2. "Walaupun Saya Hamil 5 Bulan Tapi Dia Tetap Buat Benda Tu Pada Saya, Adil Ke Suami Macam Ni?", Panas! Adira Dedahkan Perangai Sebenar Dato Red Buat Orang Ramai Terkejut Besar!
3. "Patutlah Selama Ni Aku Tengok Kaza Sentiasa Bersama Aidil Aziz MAsuk Keluar Mahkamah.. Rupanya Dia...",
4. Fara Fauzana Kena Maki Dengan Peminat Neelofa Dan Fattah Amin!! Ini Puncanya..
5. PANAS: NABIL Berani Mati Dedah punca Utama Isterinya Tidak Mahu Berhijab!! ASTAGHFIRULLAH
Nabil bagaimanapun, akur dengan ketentuan rezeki yang tidak berpihak kepadanya.
“Saya sepatutnya menyambung kontrak dengan satu produk membabitkan jumlah RM150,000. Apabila akaun digodam, kontrak itu tidak dapat disambung kerana antara syarat perjanjian, jumlah pengikut di laman sosial saya perlu melebihi satu juta. Beberapa kontrak lain turut dibatalkan membabitkan jumlah puluhan ribu.
“Saya juga terpaksa memulangkan wang pendahuluan dan bayaran diterima daripada pengeluar produk kerana kerja promosi yang tidak sempat diselesaikan apabila Instagram digodam. Jumlah kerugian itu bukan kecil, tetapi saya reda kerana mungkin ia bukan rezeki saya,” katanya.
Nabil yang mewujudkan akaun Instagram baharu, bagaimanapun bersyukur apabila jumlah pengikutnya semakin meningkat.
Hampir sebulan akaun itu diperkenalkan, jumlah pengikutnya meningkat hampir 170,000.
“Alhamdulillah, pengeluar produk sudah mula kembali mencari saya untuk mempromosikan barangan mereka.
“Bukan mahu membanggakan diri, tetapi kebanyakan pengikut saya adalah golongan dewasa yang mempunyai kuasa membeli. Berdasarkan reaksi pelanggan, mereka berpuas hati dengan maklum balas daripada ulasan dan promosi yang saya lakukan,” katanya.
Pengacara program Gegar Vanza dan MeleTOP itu juga sudah kalis dengan kutukan dan hentaman sejak menceburkan diri dalam bidang pengacaraan.
Nabil berkata, usik-mengusik dan gurauan dengan juri selain peserta adalah perkara biasa untuk memberi lebih warna kepada perjalanan program realiti itu.
“Saya boleh terima kecaman netizen yang mungkin tidak memahami keseluruhan proses penerbitan sesebuah program. Namun, apabila penggiat industri turut menghentam, saya agak terkilan.
“Mereka sepatutnya lebih memahami bagaimana pengisian sesebuah program itu dilakukan untuk menarik jumlah penonton,” katanya.
Sumber asal: utaranews.wordpress.com
Post a Comment