Ong Kim Swee Dedahkan Sebab Sebenar Senaraikan Safee Sali Untuk Beraksi Di AFF Suzuki 2016 Walaupun Beraksi Hambar Dalam Liga Malaysia
Ong Kim Swee Dedahkan Sebab Sebenar Senaraikan Safee Sali Untuk Beraksi Di AFF Suzuki 2016 Walaupun Beraksi Hambar Dalam Liga Malaysia |
ARTIKEL MENARIK:
1. HAMBIK KAU !! Rupanya Ini Perkejaan Muhammad Ziyad Sebelum Jadi Juara Dunia ! MEMANG TAK SANGKA !
2. Ramai Tak Tahu ! Rupanya Ini Perkerjaan DLCW Selain Dari Bermain Badminton ! Patutlah Kaya GILA !
3. Tidak Sanggup Melihat Orang Ramai Bersedih Dengan Kekalahan Lee Chong Wei Akhirnya Misbun Terpaksa Buka Mulut Dedahkan Punca Sebenar Kekalahan Malaysia Adalah . . .
4. (VIDEO) Inilah Akibatnya Kalau Anda Membiarkan Isteri, Kakak, Adik Perempuan Anda Ke Bengkel Kereta
5. BAJET2017: Wow ! Siapa Yg Dapat BR1M Wajib Tengok Ni ! Najib Naikkan BR1M Lagi Tahun Depan ! TAK SANGKA BANYAK MACAM NI !
"Tiada perubahan daripada senarai pemain sebelum ini kecuali satu penambahan iaitu Safee Sali di mana dia disenaraikan untuk memperkuatkan barisan serangan kita terutama pengalaman dan reputasi dimilikinya, bukan saja dalam padang tetapi mampu membimbing pemain-pemain muda lain seperti Ahmad Hazwan Bakri di bahagian serangan.
"Biarpun kita tahu Safee jarang beraksi bersama kelabnya, tapi kita mempunyai tempoh dua minggu latihan pusat di mana jadual latihan yang padat ini sudah tentu memberi ruang untuk saya memperbaiki segala kelemahan yang ada bukan saja pada Safee tetapi pemain-pemain lain.
"Saya memilih untuk mengekalkan pemain lain yang sedia ada dalam senarai 30 pemain sebelum ini kerana tiada masa lagi untuk saya mengenalpasti pemain-pemain lain. Ini adalah senarai terakhir sebelum tiga pemain akan digugurkan sebelum kita ke Yangon.
"Kita akan berlepas ke Yangon lebih awal iaitu pada 16 November kerana saya mahu mendapatkan rentak latihan di sana.
"Daripada apa yang kita nilaikan dan banyak aspek yang saya lihat, senarai 26 pemain ini adalah yang terbaik di mana lima pemain yang telah digugurkan itu berada dalam senarai bersedia jika terdapat pemain yang cedera.
"Memang sukar untuk saya membuat pemilihan bagi senarai 26 pemain ini tetapi saya terpaksa melakukannya untuk mendapatkan yang terbaik di posisi-posisi tertentu.
"Latihan akan diadakan seperti biasa bermula 25 Oktober ini dan banyak yang saya boleh lakukan bersama 18 pemain yang melapor diri awal ini berbanding tempoh hari apabila saya hanya ada 10 pemain yang melapor diri awal.
"Pastinya kem bina semangat di Port Dickson selama tiga hari dari 2 hingga 4 November itu cukup penting di mana ia akan dapat membentuk semangat berpasukan tinggi di kalangan pemain. Tiada satu pun latihan di padang sepanjang tiga hari berkenaan dan latihan akan disambung semula pada 5 November.
"Bagi saya, satu perlawanan persahabatan mencukupi memandangkan tempoh masa yang terhad ini. Saya ingin menumpukan kepada sesi latihan dan satu perlawanan ini penting untuk saya membentuk corak permainan sebelum kita memulakan kempen Piala Suzuki AFF 2016."
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee Sali, mengakui panggilan menyertai skuad kebangsaan sangat bermakna buat dirinya setelah kali terakhir mewakili negara ketika bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Shah Alam, November tahun lalu.
Bekas penggempur Pelita Jaya itu adalah antara 26 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat fasa akhir menjelang Kejohanan Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung bulan depan.
"Saya tidak boleh menolak panggilan skuad kebangsaan sebagai seorang rakyat Malaysia.
"Saya berbangga dan akan cuba berusaha dalam latihan serta mengikut arahan jurulatih.
"Tengoklah sejauh mana, Insya-Allah kami akan berusaha habis-habisan," katanya.

Post a Comment