Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah terjawab selepas mayatnya ditemui dalam kereta miliknya di sebuah kebun kelapa sawit, Kampung Kelicap, Senggarang

Lelaki bunuh diri dalam kereta
BATU PAHAT: Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah terjawab selepas mayatnya ditemui dalam kereta miliknya di sebuah kebun kelapa sawit, Kampung Kelicap, Senggarang dekat sini.

ARTIKEL MENARIK: 10 FOTO: NGERI ! Ajal Tiba Lepas 11 Hari Berkahwin... Ya Allah.. Kalau Macam Ni Siapa Yg BERSALAH ?

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata mayat Goo Teck Hau, 26, ditemui tersandar dalam kereta Toyota Vios dengan kesan kulit kaki melecur dipercayai kesan haba dalam kenderaan itu, kira-kira jam 6.35 petang semalam.

Katanya, turut ditemui di tempat duduk belakang kereta berkenaan satu tin mengandungi bara dan bekas kertas terbakar, dipercayai sengaja dibakar mangsa dan mengunci rapat dirinya di dalam kereta berkenaan untuk membunuh diri.

"Isteri mangsa memaklumkan kepada polis suaminya itu tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi sejak Khamis lalu kira-kira jam 11 pagi sebelum laporan polis dibuat.

"Mangsa seorang pengusaha kedai menjual dan membaiki telefon dan turut ditemui bersama mangsa ialah buku catatan berwarna merah yang tertulis dalam bahasa Cina bermaksud 'saya ada masalah judi, ada banyak hutang.

Saya tidak dapat jaga isteri dan anak lagi'," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Abdul Wahib berkata, pihak polis mengesahkan tiada kesan pecah kenderaan selain tiada unsur jenayah dan mangsa dipercayai membunuh diri dengan menutup semua tingkap dan membakar kertas sehingga ruangan dalam kereta dipenuhi asap.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Batu Pahat bagi tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

-BH

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post