Lelaki itu meminta maaf dari isteri dan anak-anaknya berulang kali dan mendakwa dia tidak mempunyai pilihan lain setelah berlaku rentetan peristiwa dalam hidupnya yang membuat dia memilih ungtuk membunuh diri.
Menurut info,beliau mendakwa tertekan dengan kos sara hidup sebagai rakyat Malaysia dan menganggap Malaysia dipimpin kerajaan yang zalim.ARTIKEL MENARIK:
1. NGERI ! Doktor Ini Tampil Dedah Cerita Sebenar Apa Yg Berlaku Ketika KEBAKARAN ! Ngerinya Ya Allah....
2. PERGHHH!! Gambar Terkini Anak Dara Mas Idayu Yang Cun Bikin Ramai Lelaki Cair
3. KANTOII : Padah Tiduri Suaami Orang, Wanita Diboogel Di Khalayak Ramai!!
4. [VIDEO] TERKINI!! Detik Cemas!! Tingkat Dua ICU HSA Terbakar 2 Orang Dipercayai Terperangkap
5. VIDEO Dan GAMBAR TERKINI - Hospital Sultanah Aminah Johor Terbakar 7 Maut 3 Staf Terbakar
Seorang lelaki telah menulis satu status panjang terakhir di Facebook sebelum terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang. Lelaki itu, Mohd Shukri Saad, 39, mendakwa tertekan dengan kos sara hidup sebagai rakyat Malaysia dan menganggap Malaysia dipimpin kerajaan yang zalim.
Lelaki itu meminta maaf dari isteri dan anak-anaknya berulang kali dan mendakwa dia tidak mempunyai pilihan lain setelah berlaku rentetan peristiwa dalam hidupnya yang membuat dia memilih ungtuk membunuh diri. Baca tulisan Shukri di FB nya dibawah:
Asalamualaikum, teman dan sahabat dan terutama buat isteriku anak-anak dan keluarga tersayang.
Ku pohon berjuta kemaafan kerana perkara yang kulakukan ini tak pernah terlintas untuk ku lakukan.
Diharap janganlah orang ramai kecam dan hina isteri anak-anak dan keluargaku.
Ku amat tertekan dengan kerajaan yang zalim. Kerana kes rokok yang nilai rampasannya hanya RM160, aku akan dipenjarakan. Ini kesalahan pertama aku pada tahun 2012 . Baru sekarang naik makamah.
Tarikh naik mahkamah kelmarin, tetapi ditunda hari ini. Bulan Ogos yang lepas aku dah kena kes yang sama iaitu juak rokok murah, yang nilainya RM 200.
Aku hampir direman semingu dan mujurlah ada surat kematian anakku yang ketiga. Ku dikenakan jaminan RM 3,000. Kena bulan Februari naik mahkamah, bulan Ogos dan dihukum RM 4,000 atau empat bulan penjara.
Aku langsaikan RM 4,000 dan duit pun jenuh hutang kawan. Ya,aku mengaku salah, perkara itu salah. Tetapi hukumannya tak setimpal. Yang Pengarah tibai berjuta boleh lepas pulak dengan duit jaminan.
Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Beniaga kedai runcit kampung saja bukan untung besar pun. Margin cukup nipis dibebani dengan GST lagi. Memang kerajaan sekarang zalim.
Hari ini aku mengambil keputusan untuk tidak pergi Mahkamah kerana aku dah tak punya duit. Banyak bebanan aku nak tanggung. Dan aku tak sanggup dipenjarakan.
Dengan ini aku memilih untuk berkorban sebagai rakyat yang dizalimi. Aku akan tamatkan riwayat aku, kerana banyak kali aku bermimpi lemas di lautan.
Aku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku di kalangan hamba-nya yang terpilih. Biarlah aku berkorban demi rakyat Malaysia walau aku nanti akan dikecam dan dihina.
Dan ku pohon simpati orang ramai nanti ambillah berat tentang anak-anakku.
Aku tak sangup berpisah namun ku tiada pilihan. Kenangilah mereka sebagai anak pengorbanan.
Untuk isteriku Nur Azianti maafkanlah Abang kerana banyak buat Azian susah hati kerana kes rokok ini. Nanti pilihlah pengganti yang sayang Azian dan anak-anak sepenuh hati.
Untuk anak saudara ku Hadi Radzi jagalah Tok elok-elok. Untuk kakak aku Nor Aini dan abang ipar ku Zamri Mat Ishak teruskanlah jaga kedai dan kalau tak mampu juallah pada yang berminat.
Pada yang ada hutang kat aku, aku halalkan. Dan yang aku hutang Mohd Hazril Jamaludin dan Mohd Naim boleh jumpa Kakak aku nanti dia tolong langsaikan sedikit-sedikit.
Ku harap pengorbanan aku ini setimpal agar orang yang senasib tidak lagi dikenakan hukuman macam ini. Jual rokok murah saja pun bukan balas berjuta wang ringgit. Aku tiada pilihan wahai rakyat Malaysia. Semalaman aku tak lena. Tetapi ku tiada pilihan.
Maafkan Abah, Ariq dan Safia. Jagalah ibu elok-elok bila besar nanti. Maafkan saya, mak (Makteh Bibah)
Chek tak ada pilihan. Maafkan saya.
Maafkan saya. Saya tak sanggup dipenjara. Untuk isteriku, Abang amat menyayangimu sayang, tetapi Abang bukan yang terbaik. Carilah yang terbaik nanti, demi sayang dan anak-anak.
Dan untuk adik-beradikku yang lain peliharalah Mak Tg dah 78 tahun. Baliklah jenguk dia. Jangan biar dia menangis sendirian kerana rindukan anaknya yang jarang balik.
Sekian. Sekali lagi maafkan Abah. Maafkan Abang, Sayang. Maafkan Chek, mak.
Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit . Mula ku pilih untuk dipenjara tetapi terkenang kan anak nanti digelar anak banduan.
Ya Allah ampuni dosaku, ya Allah. Aku tahu kau memahami dan maha mengampun.
Aku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang zalim.
Dan yang terakhir buat presiden PAS janganlah tertipu dengan pimpinan UMNO. Depa wayang saja kata dok sokong rang undang undang yang nak dibawa itu agar pembangkang berpecah.
Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat, agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah dikawal senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nak dibawa itu.
Ashaduanlailahailallah. Waashaduannamurhadan Rasulullah.
Maafkan aku.
Post a Comment