[VIDEO & GAMBAR] Sebuah Sekolah Di Tawau KECOH Apabila Helikopter Milik TUDM Terhempas Di Dewan Sekolah !!!

[VIDEO & GAMBAR] Sebuah Sekolah Di Tawau KECOH Apabila Helikopter Milik TUDM Terhempas Di Dewan Sekolah !!!

(Gambar) Sebuah Sekolah Di Tawau KECOH Apabila Helikopter Milik TUDM Terhempas Di Dewan Sekolah !!!

(Gambar) Sebuah Sekolah Di Tawau KECOH Apabila Helikopter Milik TUDM Terhempas Di Dewan Sekolah !!!

[VIDEO & GAMBAR] Sebuah Sekolah Di Tawau KECOH Apabila Helikopter Milik TUDM Terhempas Di Dewan Sekolah !!!

TAWAU: Sebuah helikopter milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) dilaporkan telah terhempas di atas sebuah dewan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung di sini pagi tadi, lapor Berita Harian.


ARTIKEL MENARIK: [VIDEO] Dua Pengawal Keselamatan Wanita Maut Melekat Langgar Belakang Lori

Sekurang-kurangnya 14 orang anggota tentera dan lima orang pelajar dilaporkan cedera.

Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi di mana helikopter berkenaan dipercayai telah melanggar tembok bucu bumbung bagunan sekolah sebelum terhempas di atas dean terbabit yang masih dalam binaan.

Kejadian berlaku ketika semua pelajar di dalam kelas menjalani sesi pembelajaran sebelum mereka terdengar demtuman kuat yang mengejutkan warga sekolah.

Pihak TUDM dalam kenyataan media mengesahkan, sebuah helikopter Nuri milik mereka yang sedang membuat latihan penerbangan telah membuat pendaratan cemas.

Helikopter berkenaan yang membawa 14 orang anggota telah berlepas dari pengkalan kira-kira jam 7.35 pagi untuk membuat latihan penerbangan harian di mana semua anggota selamat.

Pihak TUDM telah menghantar anggota lain untuk mengambil tindakan bagi membawa keluar helikopter berkenaan daripada kawasan insiden dengan satu pasukan penyiasat untuk mengenal pasti punca nahas ditubuhkan.

Kesemua mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Besar Tawau untuk mendapatkan rawatan.

Kemaskini.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus mengesahkan sesi pembelajaran dihentikan dan sekolah ditutup sementara waktu bagi memberi ruang kepada siasatan yang bakal dijalankan oleh semua penguatkuasa terlibat seperti Bomba, TUDM, DCA dan polis sendiri. - Siakapkeli.my

 











________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post