FUHH !! Viral Gambar Bomba Dukung 2 Gadis Di Bahu Dikecam Netizen !
FUHH !! Viral Gambar Bomba Dukung 2 Gadis Di Bahu Dikecam Netizen ! |
ARTIKEL MENARIK:
1. Ingat Lagi Kes Kemalangan Myvi ? Anak2 Mangsa Hanya Terima RM12k Dari RM300k Sumbangan !!!
2. Korang Pernah Lihat Pemilihan Pelajar Untuk University P0rnografi? Memang Melampau Macam Dah Takde Maruah, Mari Tengok Video Bagai Mana Cara Mereka Dipilih!
3. Suami Terkilan Isteri Dimalukan, Nekad Gali Perigi Sendiri Selama 40 Hari, Lihat Apa Yang Ditemui MEMERANJATKAN !!!
4. Bekas Gengster Besar Australia Dedahkan Kisah Hitamnya Sebelum Peluk Islam Yang Pastinya Buat Ramai TERKEJUT !!!
5. Muka Ayu Macam 'Barbie', Badan Sado Macam The Rock. Lihat Video Senaman Gadis Ini Yang Pelik dan Memukaukan !
Gambar yang tersebut dilihat tidak wajar dan turut melanggar tatasusila masyarakat negara ini serta bercanggah dengan adat orang Islam.
Sejak diviralkan, sebanyak 3.3 ribu orang berkongsi gambar ini di laman sosial mereka dan pelbagai reaksi diperolehi daripada netizen.Salah seorang pengguna Facebook meluahkan rasa kecewa beliau terhadap penganjur.
“Siapa yang buat ‘event’ macam ini dan siapa event manager? Untuk tarikan ramai orang, cara sebegini tidak perlu, biarlah yang bermanfaat dan berpendidikan,” tulisnya.Ada juga yang merasakan bahawa insiden ini menjatuhkan imej pasukan bomba.
“Kenapa lah atur cara majlis ini tidak diteliti dahulu? Rosak imej mereka. Penat anggota yang lain bertugas demi amanah dan usaha mengangkat imej pasukan bomba,” katanya.
Bagaimanapun, ada juga yang meminta agar netizen tidak mudah menuding jari menyalahkan pihak tertentu dan memadam gambar tersebut.
“Jangan salahkan mana-mana pihak, mereka buat begitu mungkin atas permintaan penganjur. Dengan satu gambar sahaja boleh menghancurkan periuk nasi.
“Saya sarankan agar gambar ini dipadam untuk kebaikan bersama,” katanyaSementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPM), Khirudin Drahman berkata, insiden yang terjadi adalah secara spontan dan meminta maaf di atas kekhilafan mereka.
“Perkara ini terjadi adalah secara spontan dan berlaku di luar kawalan kami. Niat asalnya adalah untuk menyokong acara Larian Amal Bomba oleh pihak penganjur.
“Selain itu, para anggota bomba yang terlibat juga telah meminta maaf di laman Facebook. Kami mengharapkan agar masyarakat tidak salah faham dengan kejadian ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.
Larian Amal Bomba ini merupakan kerjasam JBPM bersama dengan beberapa syarikat dan agensi swasta bertempat di Taman Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepung, Kuala Lumpur, semalam.
Di samping itu, wakil syarikat penganjur turut memohon maaf dan menjelaskan foto yang diviralkan itu bukan acara rasmi di majlis tersebut.
“Kami meminta maaf di atas insiden yang melibatkan sensitiviti orang ramai serta ingin menegaskan bahawa kami tiada niat buruk terhadap pihak-pihak tertentu.
“Oleh itu, kami berharap orang ramai tidak mereka cerita yang boleh menggangu keharmonian negara ini,” katanya.
Post a Comment