VIRAL Kerbau Minum Teh O Ais. Ini Cerita SEBENAR Dari Pemilik Kerbau Yang Ramai TAK TAHU !!!
VIRAL Kerbau Minum Teh O Ais. Ini Cerita SEBENAR Dari Pemilik Kerbau Yang Ramai TAK TAHU !!! |
ARTIKEL MENARIK: TERKINI ! Universiti Malaya BONGKAR Penipuan Dr. Azizan ! Memang TAK SANGKA Dia Sanggup Buat Macam Ni !
Gelagat Mek yang ternyata mencuit hati turut menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Pemilik kerbau berkenaan, Fikri Ezani Wan Chik, 34, berkata, kerbau itu mula meminum minuman itu sejak dia dibeli pada usia sembilan bulan.
Katanya, ketika dibeli dan dipisahkan daripada ibunya, haiwan itu merajuk tidak mahu makan dan minum selama beberapa hari.
“Kebiasaannya kerbau meminati minuman air gula merah dan air garam namun Mek langsung tidak. Selepas pelbagai usaha dilakukan akhirnya dia berjaya dipujuk dengan sebungkus tea o ais yang kebetulan saya beli untuk diminum sendiri.
“Sejak dari itu, dia sering minum minuman seperti manusia seperti Milo, Kopi, namun lebih menggemari Teh O Ais,” katanya.
Sementara pemilik gerai, Jamilah Osman, 49, berkata, kerbau itu sering berkunjung ke belakang premis perniagaannya untuk meminta minuman kesukaannya itu.
Katanya, setiap hari, Mek akan berjalan hampir satu kilometer dari rumah pemiliknya dan singgah dipremisnya untuk menikmati minuman kegemarannya itu.
“Haiwan itu akan berkunjung ke premis ini untuk minuman Teh O Ais sebanyak dua kali setiap hari iaitu pada sebelah pagi sekitar 10 pagi dan 5 petang.
“Namun menariknya Mek hanya berkunjung ke belakang premis perniagaan dan tidak datang ke bahagian hadapan untuk mengambil minuman kegemarannya itu. Malah hanya akan minum minuman itu jika seseorang menuangkan ke dalam mulutnya,” katanya.
Menurut Jamilah, setiap hari Mek akan minum dua atau tiga bungkus minuman di kedainya namun dia langsung tidak merasa terbeban dengan Mek.
Sumber : Harian Metro
Post a Comment