‘Uncle’ Ini TERINGIN Nasi Lemak Ikan Keli. Tindakkan ‘Uncle’ Ini Buat Peniaga Itu TERKEJUT !!!

‘Uncle’ Ini TERINGIN Nasi Lemak Ikan Keli. Tindakkan ‘Uncle’ Ini Buat Peniaga Itu TERKEJUT !!!

‘Uncle’ Ini TERINGIN Nasi Lemak Ikan Keli. Tindakkan ‘Uncle’ Ini Buat Peniaga Itu TERKEJUT !!!

‘Uncle’ Ini TERINGIN Nasi Lemak Ikan Keli. Tindakkan ‘Uncle’ Ini Buat Peniaga Itu TERKEJUT !!!

‘Uncle’ Ini TERINGIN Nasi Lemak Ikan Keli. Tindakkan ‘Uncle’ Ini Buat Peniaga Itu TERKEJUT !!!

Kisah Gerai Tepi Jalanku 01:

Saya ada satu kisah yang hendak saya kongsikan kepada semua. Kisah mengenai sifat jujur, harga diri dan amanah. Ada seorang pakcik berbangsa India telah datang ke gerai saya untuk membeli makanan. Saya perhatikan keadaan pakcik tersebut yang pakaiannya sedikit lusuh dan compang-camping dengan janggut dan rambut yang tak terurus. Saya namakan pakcik ni sebagai uncle sahaja.


ARTIKEL MENARIK: Abang Pos Laju Ni KENA LANGGAR Kereta. Tindakan PERTAMA Dia Buat ramai yang MENANGIS... TABIK SPRING kat abang Posman ni..

Saya : Yes uncle..mau nasi lemak ka?
Uncle : (malu-malu menjawab) aaaa…itu
nasi lemak berapa ringgit?
Saya : RM1.20..uncle mau ka?

(Uncle mengira duit syiling di tangan beliau satu persatu)

Uncle: Bagi saya satu..

(Saya pun membungkus satu nasi lemak..Uncle pula melihat lauk-pauk yang lain dan mata uncle terlihat juadah ikan keli sambal)

Saya : Uncle..ini nasi lemak you RM1.20
Uncle : Ini ikan keli berapa ringgit?
Saya : RM2.50 uncle..you mau ka?
Uncle : Takpa..nanti lain hari saya datang mau rasa ini ikan keli saya beli…
Saya : Uncle..if you mau angkat saja..takpe saya bagi sama uncle..

(Saya terus membungkus lauk ikan keli tersebut dan masukkan dalam beg plastik nasi lemak uncle tersebut. Uncle punyalah taknak terima, saya paksa juga. Uncle mengucapkan terima kasih dan cepat-cepat nak beredar. Tak tahulah sebab gembira tak sabar nak makan atau sebab ada perkara lain yang perlu uncle uruskan)

Dua hari kemudian, uncle datang semula ke gerai saya.

Uncle : Adik..ini duit itu hari punya ikan keli.

(Uncle menunjuk duit sebanyak RM2.50 dalam bentuk syiling kepada saya. Ketika saya melihat huluran duit uncle tersebut, saya rasa sangat sayu,rasa hendak menangis tapi disebabkan ada pelanggan yang lain di gerai, saya terpaksa tahan air mata. Tak profesional la kalau nangis depan pelanggan.)

Saya : Ehh uncle..itu hari saya bagi saja..ini hari uncle mau makan ambil baru guna ini duit..

(Uncle terperanjat sedikit dan macam terkejut)

Uncle : Itu macam ka..aaaa…bagi saya nasi lemak dua bungkus..

(Saya pun membungkus dengan segera dan menghulurkan plastik kepada uncle)

Saya : Uncle…ini nasi lemak you RM2.40
Uncle : Terima kasih banyak.

(Uncle terus ambil plastik tersebut dan saya melihat raut wajah beliau yang sangat girang dan cepat-cepat bergegas nak pergi. Saya panggil uncle untuk beri baki sebanyak 10 sen)

Ya Allah jauhkan aku dari niat yang tidak baik bila menceritakan kisah ini. Betulkan niatku supaya cukup sekadar ingin berkongsi kisah orang yang jujur,mempunyai harga diri dan maruah.

Pandangan saya dan mungkin saya silap..uncle tidak datang ke kedai saya pada hari selasa setelah membeli nasi lemak dan ikan keli dari saya pada hari isnin sebelumnya adalah kerana uncle mengumpul duit sebanyak RM2.50 untuk membayar ikan keli tersebut.

Setelah uncle cukup mengumpul duit sebanyak RM2.50 barulah uncle datang ke kedai saya pada hari rabu untuk membayar harga ikan tersebut. Sekali tengok, uncle dapat beli dua bungkus nasi lemak.

Lihatlah…orang seperti uncle begitu jujur dan bermaruah.Datang kembali memulangkan duit ikan keli walau uncle tahu kalau uncle bayar duit ikan keli kepada saya mungkin uncle tidak dapat makan pada hari itu. Kalau uncle pergi ke kedai lain pun sekurang-kurangnya uncle boleh juga beli makanan. Tetapi beliau telah membuat keputusan untuk datang kembali ke gerai saya untuk membayar ikan keli tempoh hari.

Allahuakhbar..betapa tingginya harga diri dan maruah orang seperti uncle.Betapa indah jika kita semua mempunyai sekelumit sifat-sifat seperti uncle ini.

Saya menunggu uncle pada hari khamis tapi uncle tidak ke gerai…Mungkin sedang mengumpul wang untuk membeli makanan agaknya…Ya Allah tolong gerakkan hati uncle ke gerai saya minggu depan sama ada dia ada wang atau tidak..Aamiin…

Sekadar satu kisah untuk kita semua renungkan bersama.Kisah uncle yang mungkin tidak kaya harta tetapi kaya dengan sifat jujur, harga diri dan maruah.

Sumber : Facebook Maznie Muttalib

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post