KULAI: Seorang bayi perempuan berusia 12 bulan maut dipercayai lemas selepas ditinggalkan lebih lima jam dalam kereta miliknya bapanya, di sini, pagi tadi.
GAMBAR SEKADAR HIASAN |
"Kira-kira jam 10 pagi, bapa mangsa terus ke tempat kerja di Pekan Saleng, dekat sini tanpa menyedari bahawa bayi berkenaan berada di belakang kenderaannya. "Lelaki berkenaan kemudian menerima panggilan telefon dari pengasuh anaknya pada jam 3 petang, bertanyakan mengenai bayi berkenaan yang masih tidak dihantar ke rumahnya seperti kebiasaan.
ARTIKEL MENARIK: TERKULAI LAYU.!! Wanita Ini 'Rebah' Setelah Melihat Bayi Comel Ini Di Rendam Separuh Badan Di Dalam Lubang Jamban.!! Dan Terdapat 'SESUATU' Di Belakang Bayi Itu.!! Lebih MENGEJUTKAN Apa Yang Tertulis Adalah Perkara TIDAK MASUK AKAL Langsung.!!
"Sejurus menerima panggilan itu, dia kemudian terus ke keretanya dan mendapati anaknya dalam keadaan dan dipercayai sudah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Razak berkata, lelaki itu kemudian membawa anaknya ke Hospital Kulai, di sini sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.
Katanya, proses bedah siasat akan dijalankan pada jam 10 pagi esok, bagi mengetahui punca kejadian dan polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut. Kes itu diklasifikasikan sebagai pengabaian kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/192413
Post a Comment