Wow ! Ni Respon MB Terengganu Lepas Azizulhasni 'MENGANJINGNYA'

Wow ! Ni Respon MB Terengganu Lepas Azizulhasni 'MENGANJINGNYA'

MENTERI Besar, Ahmad Razif Abd Rahman mengarahkan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) menyiasat segera dakwaan atlet berbasikal, Azizulhasni Awang yang melahirkan kekesalan terhadap Kerajaan Terengganu kerana dikatakan mengabaikan kebajikan beliau.

Wow ! Ni Respon MB Terengganu Lepas Azizulhasni 'MENGANJINGNYA'
Wow ! Ni Respon MB Terengganu Lepas Azizulhasni 'MENGANJINGNYA'
Menurut Ahmad Razif lagi, perkara yang dibangkitkan atlet kelahiran Dungun itu tidak pernah sampai ke pengetahuan beliau.


ARTIKEL MENARIK: TAK MASUK AKAL ! Inilah Nilai SEBENAR Pingat Emas Olimpik Kalau DIGADAI !

"Setakat ini, saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini (dakwaan Azizulhasni) dan kena tunggu hasil siasatan terlebih dahulu.

"Jika betul dengan apa yang didakwa ini kita amat kesal dengan perkara yang terlepas pandang ini.

"Malah, ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan Terengganu sentiasa memandang serius dalam bidang sukan dan akan memastikan kebajikan mereka dijaga dengan sebaiknya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Bakal Haji Parlimen Kuala Nerus di Pejabat Penyelaras Dun Seberang Takir, di sini, hari ini.

Menjawab mengenai status yang dimuat naik dalam laman sosial milik peribadi jaguh lumba basikal negara itu lagi, Ahmad Razif menjelaskan bahawa MSNT perlu melakukan siasatan segera bagi mengetahui perkara sebenar.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post