Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Ally Iskandar akhirnya tampil menceritakan kisah yang berlaku di dalam rumah tangganya.
Tidak Tahan Menerima Tomahan ! Akhirnya Ally sendiri tampil menceritakan kisah yang berlaku di dalam rumah tangganya.. |
ARTIKEL MENARIK: PANAS ! Rupanya Ini Punca Sebenar Isteri Ally Iskandar Upload KEMUSNAHAN Rumah Tangganya Di Instagram
Pelbagai spekulasi yang timbul ekoran terdapat gosip menyatakan bahawa rumah tangga mereka kini telah retak.
Akhirnya Ally sendiri tampil memberi kenyataan.
Jom baca:
BismillahirRahmanirRahim,
Kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media, dan spekulasi yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin Romli, 27.
Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi respon secara terus kepada semua yang telah menghubungi saya, dengan harapan tindakan saya ini ditanggapi sebagai keperluan untuk menenangkan keadaan.
Permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 telah saya failkan dengan persetujuan Nurfarahin.
Pada 17 Ogos 2016, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, saya telah melafazkan cerai talak satu ke atas Nurfarahin di hadapan Hakim Syarie Azzeman Omar.
Alhamdulillah, urusan ini disempurnakan dalam keadaan lancar.
Biarpun tiada lagi ikatan perkahwinan, hubungan saya dan keluarga, dengan Nurfarahin serta ahli keluarganya adalah baik.
Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami.
Besar harapan saya agar kenyataan ini terhebah dengan hikmah. Saya doakan yang terbaik buat semua.
Semoga Allah rahmati kita sentiasa.
ALLY ISKANDAR MOHD MARDZI
19 Ogos 2016
Perpisahan mereka berdua ini ternyata mengejutkan ramai pihak terutama peminat Ally iskandar yang melihat pasangan suami isteri ini amat serasi bersama.
Semoga mereka berdua berbahagia selalu.
Sumber: beritamemey
Post a Comment