Senarai 26 Kawasan Misteri Dan Menyeramkan Yang Popular Di Malaysia

Senarai 26 Kawasan Misteri Dan Menyeramkan Yang Popular Di Malaysia

inilah tempat dan kawasan jalan raya paling misteri dan seram yang terdapat di malaysia,bagi siapa yang melalui tempat ini sila berhati hati.

Senarai 26 Kawasan Misteri Dan Menyeramkan Yang Popular Di Malaysia
Senarai 26 Kawasan Misteri Dan Menyeramkan Yang Popular Di Malaysia
Tidak dapat dinafikan bahwa ada beberapa tempat di malaysia yang memiliki penunggu,sehingga tempat itu kadang selalu berlaku kemalangan dan juga ganguan ganguan.


ARTIKEL MENARIK: Abaikan Gadis Atas Katil Ni TAPI Cuba Tengok Benda MAKHLUK ANEH Dekat Yang Bawah Katil Tuhhh(6 FOTO)

Didedah oleh kumpulan paranormal mengenai tempat tempat keras di malayasia  yang pernah mereka jumpai,sekaligus mengaitkan sesuatu kejadian aneh dengan peristiwa  yang di ceritakan oleh masyarakat setempat.
Berikut adalah  senarai 25 kawasan misteri & menyeramkan yang popular di Malaysia:
1.Highland Tower – Kuala Lumpur
1
Suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana
2. Banglo Mona Fandey
2
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Raub, Pahang yang telah menggemparkan dunia.
3. Kemayan City – Johor Bahru

3
Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.
4. Lebuhraya Karak
4
Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.
5. Villa Nabila – Johor Bahru
5
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut. Banyak juga kisah versi lain berkaitan villa ini.
6. Amber Court – Genting Highland
6
Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.
7. Simpang – T Georgetown – Pulau Pinang
7
Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.
8.Institusi St Michael – Ipoh
8
Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.
9. Malay College Kuala Kangsar(MCKK) , Kuala Kangsar – Perak
9
Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.
10. Victoria Intitution – Kuala Lumpur
10
Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.
11. Bukit Tungku – Kuala Lumpur
11
Satu kawasan menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.
12. Rumah ADO Menumbok – Sabah
12
Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.
13. Penjara Pudu
13
Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu.Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas.
14. Hutan simpanan Bukit Nanas
14
Hutan simpanan Bukit Nanas ini berdekatan dengan Sekolah Convent Bukit Nanas dan St Johns Institution. Pada waktu siang, ia menjadi kawasan laluan untuk murid-murid pergi dan balik sekolah.Waktu senja dan malam, tempat ini berhantu. Ramai lembaga menyerupai budak-budak muda kelihatan menyuntik diri sendiri dan terus beraksi macam hantu zombie atau orang yang separa hidup separa mati.
15. Rumah Freemason, Seremban
15
Seperti rumah berhantu lain, ianya adalah rumah banglo besar yang ditinggalkan atau tak ramai orang duduk. Rumah Freemason Sermban ini terletak atas bukit dan berhadapan Allson Klana Resort, Sermban. Freemason adalah organisasi rahsia yang ditaja oleh Vatican untuk kuasai dunia.
Banyak rumah-rumah Freemason begini di Malaysia. Dalam rumah ini, pelbagai upacara ngeri dikatakan berlaku. Ia menimbulkan rasa ingin tahu penuntut MRSM yang berdekatan dengan rumah Freemason Seremban. Ada pelajar yang sudah keluar dan berjaya serta kaya pun mula berperangai dan berlagak macam ahli Freemason.
16. Kampung Tobiar, Pendang.
16
Walaupun bunyi macam kat Negeri Sembilan tapi ianya terletak di Negeri Kedah. Dengar khabar disini tertanamnya harta karun yang tak habis makan selama 7 keturunan.
17. Jirat Cina Ampang
17
Dengar citer jirat tersebut dibina khas untuk menempatkan mangsa-mangsa kaum Cina yang terkorban dalam tragedi berdarah 13 Mei 1969.
18. Kawasan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bahru, Selangor
18
Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Baru ini juga dikatekan tempat gelendangan makhluk-makhluk halus yang menyerupai sosok-sosok putih berterbangan di pelbagai sudut dan penjuru pada bangunan ini. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat lalu lintas makhluk-makhluk tersebut yang terkawal. Tiada maklumat lanjut mengenai laporan ini dan hanya kita dapat tahu bahawe tempat ini sedikit keras berbanding tempat-tempat lain yang mungkin disebabkan struktur binaannye yang diperbuat daripada konkrit.
19. Hospital Lady Templer atau Poliklinik Cheras – KL
19
Hospital Lady Templer yang terletak di Cheras ini dibina pada tahun 1952 dan dirasmikan oleh Lady Templer iaitu isteri kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer. Hospital ini memberi rawatan khas kepada pesakit jantung, paru-paru dan batuk kering. Ianya juga merupakan hospital pertama di Malaysia yang mengadakan pembedahan jantung.Kerajaan Negeri Selangor telah menyerahkan sebidang tanah seluas 20.3 hektar di Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Di Peringkat awal kakitangan hospital ini terdiri dari pakar perubatan, tiga orang pegawai perubatan, jururawat, juru x-ray, dan pembantu jururawat. Hospital ini mula menerima pesakit pada Ogos 1955 kebanyakkan pesakit yang diterima adalah pesakit yang tidak sembuh walaupun sudah diberi perubatan oleh hospital lain.
20. Rumah Sewa RM50, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
20
21. Kuboq Panjang, Pendang Kedah
21
MEMANG menghairankan dan sukar dipercayai apabila kubur yang suatu ketika dulu bersaiz biasa, tetapi keadaannya berubah apabila jarak antara dua batu nesan di bahagian kepala dan kaki memanjang sehingga mencecah 8.6 meter.
Walaupun keadaan itu pelik, itulah hakikatnya dan tidak hairanlah tempat berkenaan diberi nama Kubur Panjang. Ia terletak di daerah Pendang, Kedah. Sehingga kini tiada siapa tahu mengapa dan bagaimana batu nesan itu boleh `bergerak’ dari tempat asalnya hingga menambah ukuran panjang kubur itu.
Kubur misteri yang dikelilingi banyak kubur lain di tanah wakaf seluas 0.4 hektar di tepi jalan utama itu pernah menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara yang ingin melihat keganjilannya. Dulu ada penduduk membina batu penghadang di sekeliling kubur itu, tetapi ia kini tertimbus akibat hakisan tanah, namun sepasang batu nesannya masih utuh.
22. Kawasan berhampiran Tambun Inn Perak
22
Tambun di Ipoh Perak sering digemparkan dengan penampakan susuk-susuk jelmaan wanita tua yang sering berada disekitar kaki lima jalan oleh pemandu-pemandu pada waktu malam. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dibuktikan kerana tiada bukti rekod atau gambar yang dapat ditangkap sewaktu kejadian berlaku. Mungkin sama seperti apa yang berlaku di Gurun setelah dilaporkan tentang penampakan wanita berkebaya merah sering mengganggu pengguna jalan raya disekitar kawasan RnR Gurun. Tambun Inn juga dilaporkan keras oleh pengunjung-pengunjung yang sering diganggu dengan usikan seperti lampu dipadam sendiri dan dibuka sendiri dan bunyik-bunyik bisikan tetapi tiada orang disekeliling.
23. Kawasan berbukit di Telok Chempedak, Kuantan
23
Kata orang Kuantan, disini byk kelibat hantu sedang menahan batu… Hantu ni berpasangan.. Sekor tahan batu sekor lagi menusuk paku.. Vavi
24. Kellie’s Castle Perak
24
Misteri penampakan roh tuan punya istana, En. Kellie serta anak perempuannya. Selain itu ada direkodkan pengunjung telah disapa oleh ‘seorang’ pegawal yg terapung tiada kaki selain penampakan kak langsuir yg selalu menganggu petugas di istana tersebut.
25.Kawasan disekitar Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang.
25 asli
Terkenal dengan keseraman blik stor yang di simen,dimana bilik stor tersebut terdapat beberapa mayat buruh bangunan yang tidak di report.
26.Seri Perdana, Putrajaya.
12472494_1822564724642227_1187043756421073498_n

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post