Rakaman VIDEO Makhluk misteri menyerupai manusia GEMPARKAN Portugal

Rakaman VIDEO Makhluk misteri menyerupai manusia GEMPARKAN Portugal

Makhluk misteri menyerupai manusia yang sedang berjalan secara membongkok melalui kawasan belukar di sebuah gurun di Portugal berjaya dirakam dan menjadi viral baru-baru ini.

Rakaman VIDEO Makhluk misteri menyerupai manusia GEMPARKAN Portugal
Rakaman VIDEO Makhluk misteri menyerupai manusia GEMPARKAN Portugal 
Mail Online melaporkan, makhluk itu dipercayai haiwan le­gen­da Amerika Selatan yang menghisap darah kambing dan digelar masyarakat sebagai ‘Chupacabra’.


ARTIKEL MENARIK: [VIDEO] Unik dan Menakjubkan...!!! Harimau vs Landak Sampai Titik Darah Penghabisan

Video singkat itu merakamkan makhluk misteri berkenaan sedang berjalan secara perlahan melalui tanah tandus dengan kepalanya membongkok.

Makhluk tersebut dipercayai sudah menyesuaikan diri dengan persekitaran sunyi gurun itu.

Bagaimanapun, makhluk menyerupai manusia terbabit kemudiannya hilang daripada panda­ngan kamera di sebalik belukar di gurun berkenaan.

Sementara itu, klip video tersebut yang dimuat naik di internet sejak sebulan lalu kini telah ditonton lebih 200,000 orang.
Malah, pengguna internet turut ‘berbalah’ dalam menentukan jenis haiwan itu.

Ada di antara pengguna percaya haiwan itu adalah Chupa­cabra manakala ada yang mendakwa makhluk itu sebagai Big Foot.
Tidak kurang yang mendakwa video itu adalah palsu berdasarkan kualiti rakaman.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post