Perogol Terlepas Hukuman 30 tahun Penjara Lepas Tunjuk Sijil Nikah Dengan Mangsanya

Perogol Terlepas Hukuman 30 tahun Penjara Lepas Tunjuk Sijil Nikah Dengan Mangsanya

Ahmad Syukri Yusuf, didakwa merogol gadis remaja bawah umur 14 tahun pada tahun lalu, berdepan dengan hukuman 30 tahun penjara dan sebatan jika disabitkan bersalah.

Perogol Terlepas Hukuman 30 tahun Penjara Lepas Tunjuk Sijil Nikah Dengan Mangsanya
Perogol Terlepas Hukuman 30 tahun Penjara Lepas Tunjuk Sijil Nikah Dengan Mangsanya
Bagaimanapun Ahmad Syukri terlepas dari hukuman berkenaan setelah mengahwini remaja itu di bawah undang-undang Islam, menurut pendakwa raya Ahmad Fariz Abdul Hamid.


ARTIKEL MENARIK: 'Tiba-Tiba Steering Axia Saya Lock !'... PERHATIAN SEMUA PEMILIK KERETA AXIA ! WAJIB BACA NI !

Menurut pendakwa raya berkata di mahkamah Kuching, undang-undang di Sarawak menetapkan kes tidak perlu diteruskan selepas Ahmad Syukri mengemukakan sijil perkahwinan dan gadis berkenaan menarik balik dakwaan tersebut.

Bagaimanapun keputusan yang disampaikan minggu lalu berkenaan menimbulkan rasa berang kumpulan hak-hak wanita.

"Sudah menjadi hal biasa perogol mengahwini mangsa mereka terutamanya apabila melibatkan kes bawah umur, untuk melindungi jenayah mereka," kata jurucakap Pertubuhan Pertolongan Wanita, Tan Heang Lee.

Menurut Tan, mereka menolak langkah itu kerana mangsa mungkin akan terdedah kepada penderaan seksual untuk seumur hayat mereka.

"Perkahwinannya (mangsa) secara asanya hanya mengalakkan kepada aktiviti rogol," katanya.

Di bawah undang-undang, umur sah untuk untuk berkahwin yang ditetapkan adalah 18 tahun. Bagaimanapun, di bawah undang-undang Islam, wanita berusia 16 tahun boleh memohon kebenaran berkahwin daripada Mahkamah Syariah.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya akan membuat intervensi sebelum kelulusan diberikan kepada mana-mana individu yang didakwa atas kesalahan merogol daripada mengahwini mangsa bawah umur.

"Perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan satu jenayah yang harus dikenakan hukuman jika sabit kesalahan.

"Kementerian akan membuat intervensi supaya perkahwinan seperti itu tidak diteruskan," katanya.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post