Pengasas Pasar Raya Mydin Meninggal Dunia, Punca Kematian Didedahkan! Al- Fatihah!!

Pengasas Pasar Raya Mydin Meninggal Dunia, Punca Kematian Didedahkan! Al- Fatihah!!

KUALA LUMPUR: Pengasas rangkaian pasar raya Mydin, Mydin Mohamed Ghulam Hussein meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini semalam kerana sakit tua.

Pengasas Pasar Raya Mydin Meninggal Dunia, Punca Kematian Didedahkan! Al- Fatihah!!
Pengasas Pasar Raya Mydin Meninggal Dunia, Punca Kematian Didedahkan! Al- Fatihah!!
Anak Allahyarham yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, 60, berkata bapanya yang berusia 88 tahun itu meninggal dunia pada 5.06 petang.


ARTIKEL MENARIK:

1. Tiga Beranak Maut Dalam Kemalangan, Dua Lagi Cedera Parah. Kejadian Berlaku Petang Tadi..

2. Bayi Dalam Kandungan Maut Dalam Kemalangan..Al-Fatihah Buat Bayi Ini

"Bapa saya dibawa ke hospital kerana muntah-muntah selepas pulang dari kedai (Mydin) di Masjid India selepas waktu Zohor tadi," katanya.
Beliau berkata jenazah dijangka dikebumikan di Mont Kiara selepas solat Zohor pada keesokan hari setelah kepulangan anak bongsu Allahyarham yang menetap di Amerika Syarikat.

Allahyarham lahir di Pulau Pinang pada 1928 dan meninggalkan isteri Rowshan Bai, 80, serta tujuh anak.


Pengasas rangkaian pasar raya besar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Allahyarham Mydin Mohamed Ghulam Hussein.

Ameer Ali berkata syarikat Mydin diasaskan arwah bapanya di Kota Baharu, Kelantan pada 1957.
"Arwah merupakan seorang yang sangat berdisiplin dan menepati waktu semasa berurusan dengan orang lain terutama dalam urusan perniagaan.
"Arwah juga sering mengingatkan anak-anaknya supaya makan duit yang halal dengan menjalankan perniagaan yang jujur," kata Ameer Ali yang merupakan anak ketiga Allahyarham.
Apapun, takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post