KOTA TINGGI: Satu kejadian ngeri berlaku apabila seorang nenek di Felda Pengeli Timur telah dibunuh dengan kejam apabila kepala dipenggal dan badannya dikerat.
NGERI! Cucu Penggal Kepala Nenek, Ini KISAH SEBENAR Yang Berlaku |
ARTIKEL MENARIK: Inilah 10 Kes Jenayah Paling KEJAM Dalam Sejarah Malaysia ! Jangan TERKEJUT Dengan No.8 Tu !
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, suspek yang merupakan cucu mangsa tidak bekerja dan dikatakan tidak makan ubat sakit mental sejak beberapa bulan yang lalu.
"Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan kepala mangsa dipenggal dan berada di hadapan pintu masuk rumah.
"Manakala badan mangsa pula berada di ruang dapur di bawah singki. Kedua-dua kaki telah dipotong di bahagian peha tetapi tidak putus.
Maimon Abdul Samad
"Manakala kedua-dua tangan dipotong dan hanya kelihatan sebelah kiri masih berada di sisi tubuh mangsa," katanya.
Siasatan turut mendapati senjata yang digunakan oleh suspek adalah sebilah pisau lebih kurang enam hingga tujuh inci panjang dijumpai didalam pasu bunga di luar rumah.
Namun, suspek melarikan diri dengan memasuki ladang sawit berhampiran selepas melakukan pembunuhan kejam itu. Bagaimanapun, beliau telah berjaya ditangkap pada pukul 8.30 malam atas bantuan penduduk.
Kes ini disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Post a Comment