Pelawak Acappan mengakui keluarganya sehingga kini masih trauma dengan isu dirinya dilaporkan memeluk Islam, walaupun dia sudah berusaha memujuk mereka dan menjelaskan perkara sebenar.
Inilah Yg Berlaku Pada Hidup Acappan Kerana Berita Palsu Dia Peluk Islam.. MUSNAH SEMUANYA ! |
ARTIKEL MENARIK: Gambar terkini Ella manis bertudung (24 gambar)
Jelasnya, setakat ini dua anak lelakinya memahami pendiriannya sementara isteri dan seorang lagi anak perempuannya masih sedih dengan berita itu.
"Isteri saya seolah-olah sudah tidak percaya kepada saya lagi dan hatinya masih terluka dengan laporan saya kononnya sudah menukar agama. Agak sukar untuk memujuk dia yang sedang merajuk,” katanya kepada ketika dihubungi mStar Online.
Kontroversi terhadap Acappan berlaku apabila dia dikatakan sudah memeluk Islam selepas foto-fotonya bersama rakan-rakan artis berbuka puasa di sebuah surau di Sepang pada Ramadan lalu tersebar.
Namun, Acappan kemudiannya membuat kenyataan menafikan perkara itu dan melahirkan rasa kecewa apabila berita itu menjadi viral sehingga menimbulkan tekanan kepada keluarganya.
Dalam pada itu Acappan berkata, menukar sesebuah agama bukanlah satu perkara mudah sebaliknya dia perlu memikirkan banyak perkara dan sensitiviti pihak-pihak tertentu.
"Saya tak nafikan banyak bercampur dengan rakan-rakan beragama Islam dan mempunyai pengetahuan mengenai agama itu namun belum terbuka hati ke arah memeluk Islam.
"Apabila foto-foto saya di surau menjadi viral, ia bukan sahaja memberi tekanan kepada keluarga saya tetapi kepada diri saya sendiri,” katanya.
Post a Comment