KUALA NERUS, 17 Ogos: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman mengarahkan Majlis Sukan Negeri (MSN) supaya menyiasaat dakwaan kerajaan negeri tidak meluluskan peruntukan untuk membeli basikal 'roadbike' seperti yang didakwa oleh pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang atau yang glamour dengan nama Rocketpocketman.
Inilah Respon Mengejutkan Menteri Besar Terengganu Mengenai Dakwaan Azizul Hasni Awang |
ARTIKEL MENARIK: DUNIA SEMAKIN GILA!! ,,,,Laman WEB Sosial Baru Galakkan Ahlinya Tukar Isteri Tunang Dan Kekasih Termasuk Orang Melayu.
"Saya sendiri pun tidak tahu mengenai dakwaan pengurus Azizul ada menghantar surat dan kertas cadangan untuk pembelian basikal.
"Saya sendiri tidak kenal pengurus Azizul atau dihubungi olehnya," katanya hari ini.
Razif berkata sedemikian sebagai mengulas dakwaan Azizul yang secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, biarpun beliau tidak membantu persiapannya ke sukan Olimpik.
Selain itu, Razif turut berkata, Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat turut diminat menyiasat dakwaan Azizul itu.
"Jika benar dakwaan Azizul, kerajaan negeri memohon maaf tetapi kita juga sudah mengarahkan MSN dan EXCO terbabit melakukan siasatan secara terperinci," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius isu itu kerana sukan lumba basikal antara sukan teras negeri selain bola sepak, hoki dan kuda lasak.
"Kerajaan negeri akan menyediakan insentif atas kejayaan Azizul yang berjaya mengharumkan nama negeri di peringkat antarabangsa.
"Kita sedang membuat persiapan untuk menyambut Azizul sebagai wira dan namanya akan dicatatkan di Muzium Negeri," katanya.
Azizulhasni mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat gangsa dalam acara final Keirin malam tadi.
Post a Comment