Inilah Nilai Sebenar Pingat Emas Olimpik Jika Digadai

Inilah Nilai Sebenar Pingat Emas Olimpik Jika Digadai

Inilah Nilai Sebenar Pingat Emas Olimpik Jika Digadai

Inilah Nilai Sebenar Pingat Emas Olimpik Jika Digadai
Pingat emas, perak dan gangsa untuk Olimpik Rio dibuat di kilang duit syiling Brazil.
London: Berapakah nilai pingat emas Sukan Olimpik?


ARTIKEL MENARIK: Wanita Ditemui Maut Dalam Keadaan Ngeri Selepas Bersetubuh 3 Hari 3 Malam Tanpa Henti ..

Emas dalam setiap satu pingat itu hanya bernilai AS$587 (RM2,340) di pasaran sekarang namun yang mahal bagi pemenang pingat berkenaan ialah kebanggaan dan kegemilangan.

Pingat emas seberat 500 gram yang dimenangi Usain Bolt, Michael Phelps dan Simone Biles sebenarnya mengandungi 99 peratus perak kitar semula, hanya ada 1.2 peratus emas yang menyalut pingat berkenaan, bernilai AS$587.

“Ia (pingat) adalah penghormatan dan tanggungjawab yang hebat,” kata Pengarah Kilang Syiling Kebangsaan Brazil di Rio de Janeiro, Victor Hugo Berbert.

Setiap satu daripada 5,130 pingat Olimpik dan Paralimpik mengambil masa 48 jam untuk dihasil
kan.

Kali terakhir pingat emas Olimpik dibuat dengan emas tulen sepenuhnya ialah untuk Sukan Olimpik 1912 di Stockholm, Sweden.

Arca Nike, dewa purba Greece yang bersayap diukir pada muka pingat di bawah logo Olimpik manakala jenis sukan untuk pingat dimenangi diukir di sepanjang tebing. Muka sebelah lagi mempunyai logo Rio 2016.

Sumber : Harian Metro

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post