Google Dikecam Hebat Ekoran Buang Palestin Dalam Peta!

Google Dikecam Hebat Ekoran Buang Palestin Dalam Peta!

LAHORE: Baru-baru ini kecoh apabila rata-rata netizen perasan aplikasi peta milik syarikat teknologi gergasi, Google telah membuang nama negara Palestin dan menggantikan dengan nama Israel.

Google Dikecam Hebat Ekoran Buang Palestin Dalam Peta!
Google Dikecam Hebat Ekoran Buang Palestin Dalam Peta!
Gara-gara itu, Google mendapat kecaman hebat dari seluruh dunia dan barisan wartawan Palestin menyifatkan tindakan tersebut sebagai 'komplot Israel untuk mewujudkan nama negara yang sah bagi generasi akan datang’ dan menghapuskan Palestin untuk selama-lamanya.


ARTIKEL MENARIK: NGERI ! Suami Dipancung, Isteri Ditetak Sampai Mati Hanya Kerana 90 Sen !

Pertubuhan tersebut turut menegaskan, langkah Google itu juga bertujuan untuk memutarbelitkan sejarah dan geografi dunia termasuk hak penduduk Palestin terhadap tanah air mereka dan cubaan yang gagal untuk mengacau bilaukan memori penduduk Palestin dan Arab serta seluruh dunia.

Mereka menuntut Google mengembalikan keadaan itu kepada asal dalam aplikasi petanya kerana tindakan syarikat itu bertentangan dengan semua kelaziman dan norma-norma antarabangsa.

Menerusi laporan laman web dailystar.co.uk, tindakan Google itu telah mencetuskan pungutan suara dalam talian yang kini telah mencapai 116,000 tandatangan.

Pengguna internet yang cuba mencari nama Palestin dalam enjin carian Google Maps akan menemukan peta kosong Israel dengan kawasan bertanda Gaza, Judea dan Samaria.

Pungutan suara itu melabelkan tindakan Google sebagai ‘penghinaan yang amat teruk’ apabila Palestin tidak dimasukkan dalam Google Maps.

Kenyataan yang dikeluarkan berdasarkan pungutan suara itu menyebut ‘sama ada secara sengaja atau sebaliknya, Google telah menjadi rakan subahat dalam usaha pembersihan etnik Palestin oleh rejim Israel’.

Pengarang pungutan suara itu, Zak Martin menggesa Google untuk mengiktiraf Palestin dalam Google Maps.

Malah, pengguna Twitter turut mempersoalkan tindakan Google mengenai kedudukan Palestin dalam aplikasi peta berkenaan. Apapun, semoga dengan usaha ini dapat mengembalikan semula peta asal negara Palestin.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post