GILA ! Rupanya Inilah Pembunuh Sebenar Adik Noor Amila... MEMANG TAK SANGKA ! BINATANG !

GILA ! Rupanya Inilah Pembunuh Sebenar Adik Noor Amila... MEMANG TAK SANGKA ! BINATANG !

Kuala Lumpur: Penduduk Kampung Kemensah, Hulu Kelang, tidak menyangka bau busuk dari kawasan semak berhampiran kediaman mereka sejak petang semalam, adalah bau mayat kanak-kanak lelaki yang hilang di Jinjang Utara, Khamis lalu.

GILA ! Rupanya Inilah Pembunuh Sebenar Adik Noor Amila... MEMANG TAK SANGKA ! BINATANG !
GILA ! Rupanya Inilah Pembunuh Sebenar Adik Noor Amila... MEMANG TAK SANGKA ! BINATANG !
Mayat kanak-kanak itu, Noor Amila Edrus Norsham, 5, ditemui di kawasan semak sekitar 12.30 tengah hari, hari ini, selepas seorang lelaki dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa yang ditahan sebelum ini, membawa polis ke lokasi itu.


ARTIKEL MENARIK: Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai dibunuh ditemui.. MASYA ALLAH.. KEJAM

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Amir, 21, berkata dia terhidu bau yang tidak menyenangkan dari kawasan semak itu sejak petang semalam, memandangkan kawasan itu laluannya setiap hari.

"Saya sering lalu di kawasan itu kerana ia satu-satunya jalan di kampung ini. Ingatkan bau binatang mati, rupa-rupanya ada orang tidak berperikemanusiaan buang mayat kanak-kanak di kawasan ini," katanya.

Amir bergegas ke lokasi penemuan mayat itu selepas melihat beberapa kenderaan polis masuk ke kampung tengah hari tadi.

"Saya lihat dari jauh polis angkat mayat kanak-kanak kerana tidak dibenarkan berada dekat dengan lokasi," katanya.

Seorang lagi penduduk, Naim, 24, berkata dia tidak mencari punca bau busuk itu kerana kebiasaannya ada haiwan mati di kawasan itu.

"Memang perkara biasa kalau bau busuk datang di kawasan semak tapi kali ini memang kami tidak sangka ada mayat orang.

"Ini perbuatan terkutuk dan tidak boleh dimaafkan. Saya masih tidak percaya ada yang sanggup buat perkara sebegini," katanya.

Mayat Noor Amila Edrus itu ditemui di kawasan semak berhampiran sebatang sungai kecil dan ada sebuah rumah terletak kira-kira 50 meter dari lokasi dijumpai.

Jarak tempat kejadian dari Zoo Negara kira-kira empat kilometer dan ada kawasan rekreasi Air Terjun Kemensah di kampung berkenaan.

Khamis lalu, Noor Amila Edrus dilaporkan hilang selepas ke surau berdekatan rumahnya dan tidak pulang ke rumah selepas Maghrib.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur mengesahkan mayat itu adalah Noor Amila Edrus.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post