Diarah Bayar Nafkah RM4K SEBULAN - AWIE ENGGAN Bayar. Anggap 'MENGARUT DAN TAK MASUK AKAL !'
Diarah Bayar Nafkah RM4K SEBULAN - AWIE ENGGAN Bayar. Anggap 'MENGARUT DAN TAK MASUK AKAL !' |
ARTIKEL MENARIK: Ekoran Isteri Ditangkap Khalwat, Posting Terbaru Along Cham Bagi 'Hint' Sesuatu MENGEJUTKAN!
Bagaimanapun penyanyi tersebut enggan membayar nafkah terhadap dua anaknya kerana menganggap jumlah yang diputuskan oleh mahkamah itu sebagai tidak munasabah kerana pihak mahkamah tidak mengambil kira pendapatan keseluruhan yang diterimanya.
Jelas Awie, adalah tidak munasabah untuk dua anaknya yang masih kecil iaitu Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Putri Qaseh Antasha, 6, yang berada bawah penjagaan Rozana untuk melayakkan mereka mendapat wang sebanyak itu.
Awie berkata, mahkamah seharusnya memikirkan kesusahannya mencari nafkah dalam situasi kegawatan ekonomi ketika ini.
"Jumlah itu tak munasabah bagi saya kerana mahkamah hanya fikir pendapatan tetap saya dan tak fikir keseluruhan (pendapatan) saya. Kos RM4,000 tu kos karut," tegasnya Awie.
"Umur baru 6 dan 8 tahun, berapa ringgit sangat dia nak pakai. Takkan sampai RM4,000?" soalnya lagi.
Seorang lagi anak hasil perkahwinan Awie dan Rozana ialah Putra Ahmad Merah, 9, yang kini tinggal bersama artis itu.
Jumlah bayaran yang diperintahkan adalah nafkah bulanan yang merangkumi perbelanjaan makan-minum, pakaian, perubatan, pendidikan, kos perbelanjaan harian sekolah dan lain-lain sebanyak RM3,000 manakala kos tempat tinggal sebanyak RM1,000.
Mahkamah turut memerintahkan agar Awie memasukkan wang berkenaan dalam akaun kanak-kanak tersebut yang di bawah penjagaan Rozana pada 5 hari bulan pada setiap bulan.
Bagi wang pada musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha, tiada jumlah ditetapkan oleh mahkamah dan terpulang kepada Awie.
Dalam pada itu, Awie yang ditemani peguamnya Mohd Shafiq Norizan berkata, pihaknya akan memfailkan bantahan berhubung keputusan mahakmah rendah syariah itu.
Sumber: mStar
Post a Comment