Dera Anak Guna Periuk Panas,Kayu Dan Jek Kereta- Bapa tiri di reman

Dera Anak Guna Periuk Panas,Kayu Dan Jek Kereta- Bapa tiri di reman

KUALA TERENGGANU: Pihak polis akan memanggil beberapa saksi termasuk abang mangsa bagi membantu siasatan kes dera seorang remaja di Marang yang dilapor pada Selasa.

Dera Anak Guna Periuk Panas,Kayu Dan Jek Kereta- Bapa tiri di reman
Dera Anak Guna Periuk Panas,Kayu Dan Jek Kereta- Bapa tiri di reman
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superitendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pihaknya akan turut memanggil saudara serta jiran mangsa.


ARTIKEL MENARIK: Inilah 10 Kes Jenayah Paling KEJAM Dalam Sejarah Malaysia ! Jangan TERKEJUT Dengan No.8 Tu !

"Kita akan memanggil individu berkenaan untuk melakukan siasatan lanjut dan terperinci berhubung kes tersebut. Mungkin mereka mengetahui atau pernah ternampak insiden seperti yang didakwa mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam seorang remaja lelaki mendakwa menjadi mangsa dera ibu dan bapa tirinya dan sering dipukul lelaki berkenaan sejak enam tahun lalu.

Kejadian itu terbongkar selepas remaja berusia 17 tahun itu memaklumkan perkara berkenaan kepada pegawai perubatan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada Isnin lalu.

Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan wujud kesan penderaan daripada bahagian paras pinggang hingga bahagian atas mangsa. Mangsa didakwa didera dengan periuk panas, kayu dan jek kereta.


Mahkamah Majistret di sini telah membenarkan tempoh tahanan reman selama empat hari kepada bapa tiri remaja terbabit bermula hari ini manakala ibunya direman selama tiga hari bermula semalam.

Ibunya yang berumur 34 tahun yang juga peniaga ditahan manakala bapa tirinya yang berusia 46 diberkas tengah hari pada hari yang sama di sekitar Marang.

Sumber: Bernama

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post