‘Bercinta Lepas Nikah Dgn Gadis Berpurdah, Tapi Malam Pertama Kami Buat Jantung Aku Hampir GUGUR !!’

‘Bercinta Lepas Nikah Dgn Gadis Berpurdah, Tapi Malam Pertama Kami Buat Jantung Aku Hampir GUGUR !!’

‘Bercinta Lepas Nikah Dgn Gadis Berpurdah, Tapi Malam Pertama Kami Buat Jantung Aku Hampir GUGUR !!’

‘Bercinta Lepas Nikah Dgn Gadis Berpurdah, Tapi Malam Pertama Kami Buat Jantung Aku Hampir GUGUR !!’
‘Bercinta Lepas Nikah Dgn Gadis Berpurdah, Tapi Malam Pertama Kami Buat Jantung Aku Hampir GUGUR !!’
Umur aku dah dekat 30 tahun. Aku kahwin masa umur 26 tahun, dan waktu tu aku baru je habis belajar (kat UIA lah, kalau x aku confess kat U lain).


ARTIKEL MENARIK: Isteri Pelik Tiba² Suami & Anak Perempuan BERKEPIT Macam Belangkas Di Mekah Akhirnya BONGKAR Sesuatu

Aku ni boleh dikategorikan sebagai budak baik. Maksud baik ni adalah aku ni jenis tak berkawan dengan perempuan. Ada ramai yang mesej, tapi takde sorang pun yang aku nak layan terlalu lama. Aku pernah bercinta kejap lepas sekolah, tapi tak lama pun. Itu pun dia macam terpaksa terima kau. Lepas-lepas tu, aku dah malas dah nak bagi apa2 komitmen.

Lepas grad, ayah aku nak aku kahwin. Dia kata dia malas dah jaga aku (tapi berlawak je ni) dan nak aku rasa bertanggungjawab dalam hidup. Aku gelabah juga bila ayah dan mama tanya pasal makwe. Aku kata takda, dan diorang kata diorang nak cari kan. Aku kata, mama nak cari, carilah. Adik ok je asalkan mama rasa ok.

Aku tak ingat berapa lama, tapi kejap jugalah peristiwanya. Mama kata,dia dah jumpa orang. Anak kawan dia. Orang baik. Family semua pakai kopiah dan purdah. Solat jemaah kat masjid aje. Aku pun ok je lah mulanya.

Pertemuan diaturkan, dan akhirnya kami dapat bersua muka. Aku, mama, ayah dan kakak aku ikut sama dalam bertemuan yg bertempat di rumah dia. Dia pun tinggal tak jauh sangat, cuma lain daerah aje. Lepas berbual-bual dan suai kenal, aku tengok dia ni jenis rock-rock sikit walaupun berpurdah.

Selesai pertemuan tu, aku call dua tiga orang member aku utk ajak minum-minum. Saje excited nak bercerita. Kami pun berjumpa kat kedai mamak, lepas tu aku berceritalah pasal pertemuan tadi. Yang bestnya, member-member aku ni jenis lain2 kepala.

Ada sorang member aku setuju dengan idea tu. Kata dia, pilihan mak ayah ni berkat sebab mak ayah je tahu calon terbaik utk anak dia. Lagipun, takkanlah mak ayah nak bagi perempuan tak elok utk anak dia kan?

Yang sorang lagi member aku, dia tak berapa setuju. Dia tanya, aku tengok ke tak muka dia? Aku cakap tak, sebab nak hormat dia pakai purdah. Dia boleh marah aku balik. Katanya, kalau sesi taaruf camtu, dibolehkan tengok muka. Kalau buka-buka tengok2 tak lawa. Haa.. camne?

Yang setuju dengan idea aku tadi pulak dia sangkal member ni. Kata dia, pilihan tu, Allah yang dah aturkan. Buat apa nak tolak ketentuan. Tambah dia, bukan wajah jadi ukuran, tetapi hati. Ada perempuan lawa jadi bini, tapi hati buruk. Itu pun tak guna. Lagipun berkat pilihan mak bapak dia.

Dia pun berceritalah macam mana mak ayah dia dulu-dulu, waktu dah nak masuk bilik malam pertama baru tahu muka macam mana. Siap tersilap orang lagi sebab ingat pengemas bilik tu isteri dia. Sampai sekarang ni, ada 8 orang anak dan bahagia. Dia cerita pula pasal bos dia dulu yang diaturkan perkahwinannya, bahagia sampai sekarang. Dah 10 tahun kahwin.

Member aku sorang lagi ni diam je lah. Dia kata, dia tak setuju tak tengok muka. Tu je lah. Yang lain, dia tak tahu sebab itu urusan tuhan.

Aku macam bersemangat dengar member aku tu bercerita. Aku rasa yakin bahawa pilihan mama dan ayah tu pilihan yang tepat.

Berhari-hari lepas tu, kerja aku buka Google dan baca kisah-kisah percintaan lepas kahwin ni. Semua, SEMUA kata mereka bahagia. Lebih2 lagi apabila aku tengok cerita Ayat-Ayat Cinta. Hati aku yakin yang pilihan utk kahwin dengan perempuan ni adalah tepat. Walaupun terbit rasa risau yang perempuan tu tak seperti yang aku nak (buruk la senang cerita hahahahaha), tapi aku yakin, pasti dia ni insan yang cantik sebenarnya.

Sebulan lepas tu, rombongan keluarga kami datang ke rumah dia, dan kami diaturkan tunang serta nikah pada hari yang sama iaitu hujung tahun. Kiranya lepas 4 bulan daripada hari itu.

Sepanjang tempoh tu, aku tak mesej dia langsung. Call takyah cerita lah. Silap-silap dia takda pun nombor aku. Aku pernah sekali pergi beraya rumah dia sepanjang tempoh tu. Kalau face to face, elok pulak dia berbual dengan aku. Tapi tak cakap banyak sangatlah. Aku pun xda idea nak borak apa dengan dia.

Aku add dia kat FB je la, itu pun dia tak approve. Dia pun ada tulis yang dia hanya benarkan perempuan je yang add dia. Aku hormat keputusan dia, dan aku rasa seronok dengan sikap dia macam tu. Inilah sikap perempuan muslimah sebenar,kata dalam hati aku.

Dipendekkan cerita, tiba hari pernikahan kami. Tema kami pink sebab dia nak. Aku jenis tak kisah sebab kalau kahwin pakai kain pelikat pun dah settle dah sebenarnya. Pagi tunang, petang tu kami bernikah. Kami tak berjumpa langsung sepanjang tempoh tunang tu sebab dia duduk je dalam bilik. Lepas nikah, baru kami berjumpa iaitu waktu nak sarung cincin.

Masa tengah nak sarung cincin, jantung aku macam nak gugur tengok dia. Ya Rabbi. Anggun betul dia time tu. Walaupun berpurdah, aku dapat rasakan dia ni lawa gila. Dia pandang aku, mata dia buat aku macam nak kena panah petir. Hahaha. Mungkin seri orang berkahwin. Sebelum ni masa jumpa, aku tak berapa nampak sangat lawa dia ni. Time ni pulak lah lawa. Dia salam aku waktu tu, dan aku dapat rasa aura yang menebal dalam hati.Aku dah fikir bukan-bukan dah waktu tu. Halal pun halal dah ni. Tunggu tetamu2 ni nak balik je.

Semua selesai. Tapi kami masih belum boleh tidur bersama lagi. Malah, muka dia pun aku tak tengok. Esoknya, hari persandingan kami, dia bertambah lawa aku rasa. Geram sungguh waktu tu. Berdenyut-denyut. Sehinggalah waktu malam, inilah malam yang sering di gurau-guraukan oleh member aku iaitu malam pertama.

Waktu ni aku berdebar sangat bukanlah sebab benda tu. Tapi aku excited nak tengok wajah dia. Kami masuk ke bilik, aku bukak baju nak mandi, dan dia pun bukak purdah dia. Aku tengok muka dia, jantung aku macam berhenti kejap.

Dalam hati aku cuma satu ayat.

“La..Ingatkan cantik.”

Aku tahu memang aku jahat waktu tu. Aku tengok muka dia, sangat lain dengan apa yang aku bayangkan. Dia bukan tak berapa lawa, tetapi tak lawa langsung lah bagi aku. Tambah pulak dia bukak bulu mata palsu dia, aduh…Aku tertiba bai. Menggelatar lutut aku masa tu sebab rasa macam menyesal kahwin. Bayangkanlah, first impression kau pun dah rasa macam tak lawa, inikan pula nanti-nanti.

Tapi serentak dengan tu aku fikir positif. Macam kawan aku cakap tadi, lawa pun hati buruk buat apa? Lebih baik buruk tapi hati lawa.

Malam tu kami tidur je sebab aku rasa macam tak berapa selesa. Tapi time tidur tu pun ada cerita dia. Dia punya kuat berdengkur, mak ai. Aku terpaksa tekup telinga aku pakai bantal sebab kuat gila dia berdengkur. Dan badan dia berbau. Aku suruh dia mandi, tapi dia kata dia malas. Padahal dari pagi tadi kot kami berdua tak mandi-mandi. Bayangkanlah dah bersanding, shooting, kenduri kesyukuran, tapi lastnya tak mandi. Aku sendiri pun geli.

Dipendekkan cerita, kami pergi honeymoon. Waktu ni nampak perangai sebenar dia. Kami pergi honeymoon dengan Medan, Indonesia. Aku rasa tak seronok langsung nak honeymoon sebab dia ni jenis macam takde laki. Waktu shopping, dia terus hilang. Aku cari dia macam orang gila takut kena kidnap ke apa. Aku report polis tapi polis sana kata, kalau setakat hilang dua tiga jam, diorang tak layan.Rupa-rupanya dia pergi naik teksi sebab nak beli barang kat tempat lain. Itupun dah lima enam jam, dan kami kebetulan bertembung kat satu kedai makan.

Dia boleh salahkan aku sebab aku berjalan lambat. Padahal aku jalan belakang dia, dan aku punya tali kasut terbukak. Bila nak kejar balik, dah takde. Aku sabor je le yob. Kami kurang bercakap sebab dia ni jenis suka main handphone. Dia sanggup beli plan simkad Indon yang paling mahal supaya dia boleh main internet. Aku dia je lah walaupun terasa hati juga sebab at least, kami boleh la gurau-gurau ke apa. Tak seronok bai.Tak seronok langsung.

Waktu malam, kami kurang bersama. Dia jenis tak berapa suka dengan benda tu padahal bagi aku, itu adalah antara tanggungjawab dia sebagai isteri. Dan sekali lagi, dia ni malas mandi dan tidur berdengkur kuat gila haram. Kami berjalan sana sini, malam tu dia tak mandi pun walaupun aku dah suruh banyak kali. Siap bergaduh la kejap sebab dia kata, dia malas. Belum lagi jenis suka sepah barang, barang tak kemas (aku je la kemas semua barang), kerja main game je, dan pengotor. Dalam hotel, aku nak baring sebelah dia, tangan aku terpegang bekas cotton bud taik telinga dia. Dia kata dia lupa buang. Cilaka sungguh. Aku geli kot walaupun tu taik telingan bini aku.

Balik honeymoon, aku cerita pasal benda ni kat mama aku. Dia kata, tak apalah, sebab mama kata, aku sebagai lelaki, kena ubah dia. Tak semua manusia sempurna, kata mama. Aku pun setuju je lah sebab aku ni anak emas mama. Semua benda aku iyakan.

Kami duduk di rumah lain sebab aku ni jenis menyimpan. Sebelum kahwin lagi aku dah siap-siap beli sebijik rumah utk kami duduk. Aku nak indipendence. Dah kahwin, tak nak jadi anak mama lagi. Dah kahwin ni, tak nak bergantung dengan orang lain lagi dah.

Aku berazam, aku nak jadikan hubungan kami berdua ni bahagia dan sentosa. Apapun kelemahan yang dia ada, macam mama cakap, akulah yang kena ubah dia. Lagipun, aku yakin bahawa ini adalah ujian bagi aku dan akan datang satu waktu yang menjadikan perkahwinan kami ni sangat bahagia. Aku yakin bai. Time tu aku sedaya upaya jadi positif.

Namun,setelah setahun kami berkahwin, aku dah mula rasa sangat tak best.

Dia malas masak, malas buat kerja rumah, malas buat tu malas buat ni. Aku balik kerja (dia tak kerja) je, dan tengok macam mana ruang tamu waktu aku pergi kerja, macam tu jugalah ia waktu malam. Aku stress. Aku lapar, pergi dapur, dia masak telur goreng je. Itupun tinggal separuh sebab dia masak sebijik telur je. Aku suruh dia masak sikit utk aku, tapi dia kata dia tengah buat kerja online bisnes. Lastnya aku jugalah yang masak sendiri. Aku masak lauk lain. Dah masak tu, tup-tup dia ada sekali kat meja makan nak makan dengan aku. Haram sungguh perangai.

Dia pernah tak mandi empat hari berturut-turut korang bayangkanlah macam mana aku nak tidur dengan dia. Alasan dia, jimat duit air dan takde keperluan utk dia mandi. Aku geram betul time tu tapi sabor je la.

Kami tak banyak berkomunikasi. Dia pun tak banyak berkawan dengan orang. Dia suka duduk sorang2 dan main fon. Dia kata dia ada online bisnes tapi hasilnya aku tak tahu lah ada ke tak. Duit nafkah semua aku bagi ok, tapi dia banyak kali merungut tak cukuplah apa lah.

Dari segi ibadat, dia ok je bagi aku. Cuma aku tak berkenan cara dia pergi tu, tak beritahu aku kekadang. Dia memang rajin pergi masjid, tapi dia jarang beritahu aku yang dia nak keluar pergi masjid. Pernah sekali tu, aku balik kerja, dia terus meluru keluar bawak barang solat dia. Aku tanya dia nak pegi mana, dia jeling aku sambil tunjukkan beg solat dia sambil menggeleng. Kurang ajar betul time tu. Dengan stress kerja lagi, aku ni kira power dah sebab tahan sabar.

Dia tetap pakai purdah. Depan mama dan ayah dan family aku, dia biasa je perangainya. Aku pelik pulak dia ni kalau kat rumah family aku, dia main punya rajin. Kat rumah family dia pun ok je. Tapi kat rumah kami berdua, dia jadi orang lain. Dasar hipokrit.. Cuma aku respek dia, dia memang hebat dalam benda2 agama ni memang power. Jujurnya, aku sayang je dengan dia, tapi tu lah. Aku sendiri pun tak tahu sayang ni sayang sebab dia bini aku je, atau ikhlas.

Lepas setahun, perkahwinan kami semakin tercabar. Dia ni semakin lama jadi seorang yang panas baran. Pantang aku buat silap sikit, mesti nak mengamuk. Dia punya mengamuk, plus membebel. Dia ungkit sana ungkit sini. Aku tak boleh tahan dia punya bebel.Pernah ada sekali tu, aku terlupa nak tutup suis kipas bilik bawah, dia mengamuk dan membebel cakap aku ni ikut amalan syaitan sebab membazirlah, buang duit lah, careless lah, lelaki tak guna lah sebab biasanya dia kata lelaki jarang lupa benda2 tu. Padahal aku terlupa tutup waktu kami keluar makan je. Tak sampai dua jam bai.

Makin lama,dia makin agresif. Dia dah mula main fizikal. Kalau sebelum ni mengamuk+bebel, kali ni +pukul dan +carut. P**dek, b*bi, si*l, pu**mak tu biasa dah tu. Awalnya, dia cubit-cubit aku. Bukan cubit manja tau, tapi ni cubit tahap gaban punya sakit. Lepas tu dia pukul aku. Sekali-sekala dia tampar aku. Hari-hari aku kena bai. Aku makin lama makin stress sebab hari2 kena pukul.

Pernah ada sekali tu, aku tertidur waktu kami nak bersiap pergi kenduri. Dia simbah muka aku pakai air, lepas tu tendang perut aku. Dia kata, dia tunggu lama gila dalam kereta dan tengok-tengok aku tengah tidur. Sakit dia bukan main. Dia membebel je kata aku lembab la apa la.

Aku tak mahu lawan sebab aku takut. Badan dia besar sikit daripada badan aku. Aku ni pendek orangnya.huhuhu. Dia pendek juga tapi badan dia besar. Family aku bukan jenis guna fizikal. Aku sendiri pun tak pernah sentuh orang walaupun dulu duduk asrama. Bila kena pukul tu, perasaan yang ada pada aku adalah takut. Aku takut nak melawan sebab takut lagi kena teruk. Lastnya, aku tak melawan.

Aku tak nak cerita benda ni kat ayah dan mama sebab aku malu. Yalah, umur dah 28, tapi benda rumahtangga camni pun nak adu kat diorang. Dengan kawan kat ofis lagilah. Kang tak memasal kena bahan.

Suatu hari, balik rumah sekali tu, dan dia dah tunggu depan rumah. Aku dah cuak dah macam ada something wrong ke aku buat. Aku sampai je pintu rumah, dia baling dengan penyapu lidi. Ada sikit kena kat mata aku, aku macam orang gila jerit. Dia pulak, sepak aku, dan pukul aku macam orang hilang akal. Dia ambil entah apa ntah macam batu, pukul kepala aku dan nasib baik aku sempat halang. Dia bising dan menjerit-jerit macam orang gila.

Rupa-rupanya dia marah aku sebab aku lupa tinggalkan duit utk dia pergi makan. Dia marah sebab dia tak makan langsung dari petang (pagi dia makan sebab aku goreng nugget frozen). Cilaka. Dalam peti ais ada macam2 makanan kot. Siap ada makanan frozen lagi sebab aku tahu perangai pemalas dia ni.

Hari itu merupakan pertarungan terbesar aku dengan dia. Kalau selama hari ini aku diam je, tapi kali ni aku balas balik. Aku ambil penyapu, dan pukul badan dia. Aku buat tu sebab nak petahankan diri aku. Dia tak nak kalah, dia ambil pasu bunga kecik, dan baling kat aku. Sikit lagi kena aku tapi lastnya kena kereta dia.

Itu buat dia lagi marah. Dia jadi macam orang hilang akal. Dia terkam aku dan cekik macam orang kena rasuk. Aku halang dia dan tolak dia.

Kebetulan jiran-jiran aku semua tengok peristiwa tu, diorang tanpa segan silu masuk ke ruang rumah kami, dan halang aku. Jiran aku ni jenis gangster, lalu dia tumbuk muka aku.

Aku dah tak ingat apa dah lepas tu sebab aku pengsan. Sedar2 je, aku dikelilingi orang surau dan semua kerumun aku muka macam tak puas hati. Aduh… Setelah disoal bermacam2 barulah aku paham, yang diorang semua ingat aku belasah bini aku. Bini aku tu cerita lain bai. Dia cakap aku belasah dia sebab tak masak nasik. Dia cakap aku hempas pasu kat kereta dia sebab tak puas hati dengan dia.

Time semua kecam aku. Diorang kata aku ni dahlah jarang pergi surau, kaki pukul pulak tu. Aduh, aku menangis sambil bercerita perkara sebenar.Aku cerita yang sebenarnya bini akulah yang suka pukul aku dan aku ceritakan keganasan yang lain.

Bai..kau tau tak bila aku cerita pasal keganasan bini aku, apa yang diorang jawab,

“Kau bacul. Kau biarkan bini kau pukul kau. Laki jenis apa kau ni?”

Aku tergamam. Ya, betul aku tergamam. Bila aku cakap aku selalu dipukul, ada antara mereka menggelakkan aku sebab kena pukul dengan perempuan. Aku stress.

Kes aku ni tak dibawak ke polis sebab diorang tahu dah cerita aku. Korang nampak tak bertapa biasednya masyarakat kita ni? Waktu diorang kata aku pukul bini aku, diorang bersungguh nak pertahankan, tapi bila aku cerita akulah mangsa sebenar, diorang gelakkan.

Apa, ingat perempuan pun tak boleh jadi kaki pukul ke? Apa ingat perempuan je jadi mangsa ke? Lelaki pun boleh jadi mangsa tau. Lelaki pun boleh kena pukul tau.

Lepas tu, aku balik rumah, dan sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Aku ada kerja ni. Aku send cerita ni dulu, nanti kalau aku dah free, aku post yang baru ya.

– Fadhil

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post