Mendapat khabar sahabat masuk wad (sakit kurang darah) teringat al kisah selama berkampung di hospital.
Beberapa Hari Di Wad Gadis Kongsi Pengalaman Seram DIGANGGU Wanita Berambut Panjang Di Hospital Alor Setar !!! |
ARTIKEL MENARIK: Abaikan Gadis Atas Katil Ni TAPI Cuba Tengok Benda MAKHLUK ANEH Dekat Yang Bawah Katil Tuhhh(6 FOTO)
Nampak kanak-kanak berlari-lari…
3 hari amek darah. pakar pindahkan ke wad 4D hospital sultanah bahiyah Alor Setar. duduk dalam bilik aircond 4 orang. ok la selesa. hehe. tapi tiap malam ada kanak2 seusia 5 tahun. selalu berlari di depan pintu bilik. mulanya fikir anak pesakit kot. yala, 2,3 pagi berlari. rutin di wad jam 2 pagi nurse akan datang ambil tekanan darah. jam 4pagi pulak datang ambil tekanan darah lagi. hingga la saya bertanya. ada kanak2 bole masuk ke?. uihhh.. nurse tu kata mana bole. dah la. awak jangan fikir sangat. hampir 3minggu di wad. tiap malam suami datang teman. pernah tirai di selak seseorang. saya melihat dengan penuh debar. namun tak nampak kelibat orang. fikir dalam hati. angin ja kot. angin dalam bilik aircond?? huhu.. paling menakutkan tengah lena ada tangan kecik datang mengengam jari2.. takut nak lihat sebelah. cepat2 kejutkan suami. konon2 nak ke tandas…
Disapa lembaga hitam…
hospital.. sinonim dengan makhluk2 yang kita tak dapat di lihat. pernah waktu maghrib. selepas menunaikan solat maghrib. saga duduk di atas katil. menunggu cinta hati datang. (dia mengajaq pukui 8-10 malam).. masa yang saya ada, saya buka AL Quran.. habis sehelai, saya bangun berjalan ke depan wad di kaunter. saja mengambil angin. agak boring saya balik ke katil. saat beralih membelakangkan tirai yang di tutup sebelah. saya dengaq suara suami panggil. sayangggg.. saya beralih cepat2 sebab ingat suami dah datang. tapi hanya bayang hitam cepat bergerak masuk ke bawah katil. saya terus membaca ayatul kursi. sambil baring menunggu jam 10. lepas suami datang. katanya saya meracau malam tu. sampai di ubah katil ke sudut yang lain.
kali ke 2 di masukkan ke wad setelah melakukan pembedahan kecil. pembedahan dari jam 3pagi hingga 6pagi. tersedar dari tidur yang panjang. di biarkan keseorangan di atas katil besi seram sejuk dan berbungkus putih menyakinkan “aku dah meninggal ke?. pembedahan tak berjaya kot. mungkin banyak darah hilang. saat tu berasa sebak dan hiba. terlihat2 wajah2 yang di sayangi. mengucap innalillahi wa inna ilahi rojiun untuk diri sendiri. pejam mata dan menangis. tiba2 ada nurse kejutkan. syahirah… syahirah.. awak dah sedar ke?. eh.. alhamdulillah Allah bagi ruang dan peluang.
Diganggu wanita berambut Panjang…
Selesai pembedahan di hantar dengan ambulan ke hospital lama sebelah penjara Alor Setar. dapat katil sorang2 di satu sudut. pesakit tak ramai. setiap hari luka di cuci. Allah saja yang tahu. macam luka di cuci dengan air limau. huhu.. pedih boleh gentam bibir ja.. 5 hari duduk di wad lama. mula di ganggu dengan kelibat wanita berambut panjang. mata merah menyala menjegil. pejam mata nampak. buka mata ada saja kelibat nya. satu malam suami datang teman. adik ipar pula terlibat dalam kemalangan. alhamdulillah takda yang serius. malam tu tinggal keseorangan di temani surah Al Baqarah di handphone. sedang memujuk hati untuk lena. tiba2 katil sebelah berbunyi macam ada orang naik. bila buka mata. gelap. sunyi sepi. cuba lagi tidor. datang wajah wanita berambut panjang mata merah. kali kedua tu saya terus bangun pergi ke kaunter nurse meminta izin duduk di situ hingga subuh. esoknya hari paling teruk di ganggu. bermula nurse ubah pindahkan ke katil lain. untuk mengelakkan saya keseorangan.. tapi masuk waktu maghrib tersebut. jelmaan wanita tu datang sambil menakut2 sambil ketawa hehehhehe.. saya tak sedar saya meracau. kata suami. lama jugak nak pulihkan. esoknya rasa diri bertenaga dan fresh sedikit. cuba positifkan diri. buang rasa takut. kuatkan dengan bacaan Al Quran. owh time tu tak dapat baca Al Quran. mesej WhatsApp pun tak dapat baca sebab mata jadi kabur akibat gula yang terlalu tinggi dalam darah. jadi boleh mendengar sahaja bacaan Al Quran untuk penguat hati.
Nampak Jelmaan pesakit…
Selain gangguan wanita berambut panjang, pernah saya terjaga jam 2 pagi untuk ke tandas. tandas di wad hospital lama di hujung bangunan. Sebelum masuk ke tandas. ada satu tangga yang gelap. saya takut untuk melihat tangga tu pada waktu malam. tapi sebelum ke tandas. ada seorang pesakit juga yang beriringan ke tandas. saya ikut dia dari belakang cuma tak terlalu dekat. bila saya masuk ke tandas. saya lihat semua pintu terbuka. terfikir juga mana pesakit tadi. selesai hajat saya keluar saya nampak pesakit tadi naik ikut tangga yang gelap. takmau lama2 sangat di tandas. cepat2 saya pergi ke kaunter nurse. nurse nampak agak terkejut. (yela. mungkin kes saya meracau. huhu). dia tanya pergi mana sorang2. saya kata tandas. tapi dengan sorang lagi pesakit. dia kata takda kamu seorang saja. kalau ada mesti dia dah lalu depan kaunter. saya bagitau pesakit tu naik ikut tangga. terkejut nurse tadi. dia kata tingkat 3, tingkat atas tak di gunakan.. saya pun cepat2 pergi ke katil. suami tanya pergi mana. kenapa tak kejutkan?. eh. hehe. saya takmau ganggu dia memandangkan saya boleh pergi sendiri. tapi mungkin lepas tu ajak berteman. huhu..
Keesokannya saya di pindahkan ke wad bekas wad di raja. wad hospital lama. banyak bangunan tak di gunakan. sesetengah ja. peralatan pun ada lagi yang old school.. wad ni 4orang 1bilik. wad ni tak bole suami teman. huhu.. 2,3 hari duduk tak menjadi masalah. saya bole sesuaikan diri. yang menjadi masalah bilik air di luar bilik. jadi jam 2,3 pagi terpaksa la keseorangan berjalan di tepi koridor pergi ke bilik air. wad lama nurse tak selalu round. mungkin tak ramai pesakit. jadi malam tu nak di jadikan cerita. saya terjaga jam 4pagi nak ke bilik air. keluar dari bilik wad. saya nampak pesakit warga tua bangsa India. perlahan2 jalan. saya tanya aunty nak pergi mana? itu toilet ka?. dia kata ya2.. saya pimpin sampai masuk ke toilet. saya pun masuk sebelah. selesai hajat. saya keluar. saya tanya. aunty sudah siap ka?. mau balik bilik.. sepi.. saya tanya lagi aunty. u sudah siap ka. tiada jawapan. pelan2 saya tolak pintu toilet. kosong!. alahai. berlari jugak la walau sakit pembedahan ke bilik. terserempak dengan nurse. dia tanya kamu pergi mana. saya kata toilet. pastu saya tanya. ada pesakit India dak. dia duk bilik mana.. nurse tu tengok file yang dia bawak. file tu sebab dia nak ambil bacaan tekanan darah. dia kata takda aunty India.. alahai. sekali lagi aku terkena..
Pengalaman2 di hospital ni banyak. ada baik, ada kesan buruknya. apa pun semua makhluk ciptaan Allah.. ada lagi kisah. tapi simpan je la buat kenangan. hehe..” Sumber:-
Post a Comment