Aku Akui Memang Dia Cantik! Itu Salah Satu Aku Kahwin Dengan Dia! Tapi Kenapa Dia Sanggup Tiduri 6 Lelaki Lain Semasa Ketiadaan Aku Dirumah..

Aku Akui Memang Dia Cantik! Itu Salah Satu Aku Kahwin Dengan Dia! Tapi Kenapa Dia Sanggup Tiduri 6 Lelaki Lain Semasa Ketiadaan Aku Dirumah..

Aku Akui Memang Dia Cantik! Itu Salah Satu Aku Kahwin Dengan Dia! Tapi Kenapa Dia Sanggup Tiduri 6 Lelaki Lain Semasa Ketiadaan Aku Dirumah..

Aku Akui Memang Dia Cantik! Itu Salah Satu Aku Kahwin Dengan Dia! Tapi Kenapa Dia Sanggup Tiduri 6 Lelaki Lain Semasa Ketiadaan Aku Dirumah..
Aku Akui Memang Dia Cantik! Itu Salah Satu Aku Kahwin Dengan Dia! Tapi Kenapa Dia Sanggup Tiduri 6 Lelaki Lain Semasa Ketiadaan Aku Dirumah..
Berikut luahan hati seorang suami yang kecewa mengingatkan kisah silam isterinya yang kelam. Walaupun begitu dia begitu mencintai isterinya dan mengharapkan rumah tangga mereka bahagia biarpun hatinya dibelenggu kerunsingan.


ARTIKEL MENARIK: 50 Hari Kawin Dah Cerai.. Ingatkan Till Jannah, rupanya Until Jahanam.. Mertua Buat Saya Macam Pembantu. Suami Buat Saya Macam Hamba

Saya telah berkahwin dengan isteri setahun lepas. Biar pun baru namun kami sudah lama mengenali dan telah berkasih selama 10 tahun sebelum berkahwin. Sepanjang bercinta, kami tidak pernah menghadapi masalah yang besar dan jarang bergaduh.gadis%2Bkurung.jpg

Mengimbas apa yang berlaku sebelum berkahwin, kami sebenarnya pernah terlanjur dan kerana menurut hawa nafsu kami mengulangi perbuatan terkutuk itu. Satu hari, kami berdua ditangkap basah oleh keluarganya dan mereka bertindak memutuskan perhubungan kami. Kami akhirnya berjauhan kerana tinggal di negeri berlainan.

Saya terlalu mencintainya dan saya juga percaya dia mencintai saya pada masa itu. Selama kami berjauhan, dia tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sentiasa membalas surat dan panggilan saya dengan penuh mesra dan kasih sayang. Dia juga pernah beberapa kali datang berjumpa dengan saya tanpa pengetahuan ibu bapanya. Pada saya, dialah wanita yang betul-betul istimewa dan mencintai saya sepenuh jiwa. Untuk pengetahuan puan sepanjang perhubungan kami, saya tidak pernah berlaku curang dengan perempuan lain walaupun saya banyak peluang untuk melakukan semua itu.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dia dapat melanjutkan pelajaran di utara Semenanjung. Rupa-rupanya semasa melanjutkan pelajaran, dia telah berlaku curang dengan meniduri enam orang lelaki dan dalam masa yang sama masih menjadi kekasih saya. Perkara ini hanya saya ketahui setelah kami berkahwin.

Cukuplah di sini saya katakan bahawa dia terlalu mudah untuk menyerahkan diri kepada lelaki-lelaki tersebut walaupun dia tahu bahawa mereka tidak serius dengannya. Lelaki pertama yang dia tiduri adalah rakan sibernya dan mereka melakukan hubungan seks pada kali pertama mereka berjumpa.

Seterusnya, lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup dia hanyalah untuk memuaskan nafsunya sahaja kerana saya tidak dapat bersama dengannya atas masalah kewangan yang tidak mengizinkan saya berjumpa dengan dia selalu.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup bersama dengan lelaki lain dengan begitu mudah dan dalam masa yang sama masih menjalinkan hubungan dengan saya? Kenapa dia memilih saya untuk dijadikan suami? Sudah puaskah dia melampiaskan nafsunya kepada lelaki-lelaki itu?

Apa pun dia telah pun sah menjadi isteri saya sekarang. Perkara ini telah diceritakan oleh isteri semasa kami berbual kosong empat bulan lepas. Saya menguji dirinya bercerita tentang perkara yang pernah dilakukan dulu. Saya tak pernah terfikir bahawa dia sanggup berkelakuan sedemikian. Saya betul-betul percaya bahawa dia setia dan mencintai saya sepenuh hati.

Lelaki pertama menidurinya (rakan siber) itu rupa-rupanya adalah kawan kepada kawan saya sendiri. Rakan itu pernah bercerita dengan kami tentang seorang wanita yang sanggup menidurinya walaupun baru pertama kali bertemu. Pada masa itu, kami semua mentertawakan wanita tersebut. Saya sendiri menganggap wanita itu bodoh kerana menyerahkan kehormatannya pada lelaki yang baru dikenali, Namun saya tidak menyangka bahawa wanita tersebut adalah isteri saya saat ini.

Sekarang ini, saya mohon nasihat puan bagaimana saya hendak menghadapi dugaan yang begitu berat ini. Masih wujud rasa kasih sayang kepadanya tetapi cinta itu semakin pudar. Pada hari akad nikah kami, saya nekad untuk membahagiakan dirinya dan tidak akan menduakan dia tetapi rupa-rupanya dia yang terlebih dahulu menduakan saya.

Bagaimana saya hendak teruskan hidup dengannya. Saya tahu kesalahan ini kisah lama, kira-kira lapan tahun lalu sebelum dia menjadi isteri saya? Saya tidak dapat terima dia boleh berlaku curang pada saya dan dalam masa sama, tidur dengan lelaki lain!

Saya betul-betul keliru. Tolonglah, bagaimana harus saya selamatkan perkahwinan kami?

Sekarang ini, kadangkala saya masih ok tapi ada kala murung dan tidak tentu arah. Saya takut jadi gila. Untuk makluman juga, buat masa ini kami tinggal berjauhan, saya di Semenanjung manakala isteri di luar Semenanjung. Sesekali kami akan bertemu. Dia memang menunjukkan sikap mahu berubah dan cuba menawan hati saya tetapi tamparan yang diberi terlalu hebat bagi saya. Bantulah saya puan!

Assalamualaikum tuan yang dirahmati Allah

Tuan yang dimuliakan, Perlakuan manusia dihasilkan daripada kombinasi kefahaman, keperluan, cara hidup, gaya hidup dan beberapa elemen emosi serta ketaatan manusia kepada penciptanya. Ia amat berkait rapat dengan pembinaan manusia secara kombinasi jasad, akal, roh dan nafsu yang mendorong manusia untuk mengikut peraturan atau tidak mengikut peraturan yang disediakan oleh manusia atau hukum yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Manusia yang kurang ketaatan dan ketakutan kepada Allah S.W.T akan bertindak mengikut kesesuaian diri, keseronokan dan mengabaikan larangan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, manakala manusia yang taat dan takut kepada Allah pula akan sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T dan berusaha untuk menjauhkan diri dari melakukan perkara yang mungkar dan merugikan manusia. Sehubungan itu kelompok manusia yang suka melakukan perkara yang mungkar pula akan bertemu dengan manusia yang mempunyai “taste” yang serupa maka tidak hairanlah bahawa manusia yang melakukan zina maka akan bertemu dengan manusia yang suka melakukan zina juga.

Namun Allah S.W.T maha pengampun dan penyayang yang akan memberi jalan keinsafan walaupun sudah jelas segala kemungkaran itu berlaku akibat dari kerakusan nafsu manusia. Maka keinsafan yang bersungguh-sungguh dan diikuti dengan taubat nasuha akan membawa manusia ini ke jalan yang benar dan diredhai.

Ini yang berlaku kepada tuan, tuan telah pernah hanyut dalam kegelapan bersama-sama kekasih tuan yang akhirnya menjadi isteri tuan. Setelah pintu keinsafan terbuka dan tuan mengajak isteri tuan bersama-sama untuk membuka cerita baru dalam hidup ini, kisah lama yang disingkap telah membawa tuan menjadi lebih beremosi serta cuba mengubah sejarah silam mengikut acuan tuan sendiri. Tuan menganggap bahawa kisah silam tuan tidak pernah berlaku secara songsang, tuan memilih isteri yang tidak curang, tuan mengharap kekasih tuan juga seperti tuan iaitu boleh ditiduri oleh tuan seorang saja, bukan lelaki yang lain.

Padahal hakikatnya sama saja iaitu tuan pada masa itu tidak kekok untuk melakukan zina dan kekasih tuan pada masa itu juga mempunyai tujuan yang sama. Hanya setelah dikejutkan oleh keluarga, barulah tuan sedar dan berubah. Keadaan ini telah menambahkan helah bela diri tuan bagi merasionalkan anggapan tuan bahawa kenapa tuan boleh setia sedangkan kekasih (sekarang isteri) tuan boleh mencari pelbagai pilihan lelaki untuk ditiduri. Oleh itu tuan perlu memikirkan alternatif ini bagi membantu tuan mengubah persepsi tuan.

Pertama, pastikan maklumat dari isteri tuan ini adalah benar dan bukan sekadar menonjolkan “kehebatan” dalam sesi cabar-mencabar bersama tuan. Setelah dipastikan ketepatan, maka tuan perlu timbangkan kepentingan untuk terus berada dalam dilema ini. Cuba pastikan bila masa peristiwa ini berlaku, jika sudah menjadi lipatan sejarah maka tuan perlu menerima isteri tuan seadanya bukan menyingkap kisah lalu dan menyalahkan isteri tuan atas kecurangan yang berlaku.

Kedua, tuan perlu fahami keadaan cemburu tuan didasari oleh kasih atau dendam. Jika didasari oleh kasih maka bawalah isteri tuan ke pangkal jalan dan jangan tinggalkan dirinya seorang diri meredah segala duri kehidupan. Sebaliknya jika didasari dendam atau menjadi ‘pak sanggup’ di atas ketelanjuran maka tuan perlu memperbetulkan segala kepincangan ini dan perbetulkan niat perkahwinan tuan.

Tuan perlu sedar bahawa kejadian kaum Adam adalah pemimpin kepada kaum hawa, maka gunakan sebaik mungkin peluang keinsafan yang ada untuk kembali ke jalan yang benar dan diredhai Allah S.W.T.

Ketiga, tuan perlu fikirkan semula jarak berjauhan tuan dan isteri yang boleh mengundang seribu satu macam persepsi negatif serta menggalakkan peluang kecurangan berulang kembali serta peluang fitnah yang berleluasa.

Oleh itu usahakan agar tuan dan isteri boleh berada dekat kerana tempat isteri adalah di samping suami. Keempat, tuan perlu kembalikan pemikiran positif tuan kepada diri tuan dan isteri iaitu dengan merancang apa yang akan tuan lakukan di masa depan bukan menoleh ke belakang dan mengimbau pengalaman dosa dan ketelanjuran yang boleh meracuni kebahagiaan suami isteri.

Tuan perlu faham bahawa segala yang berlaku adalah dengan kerelaan tuan seperti tuan merelakan berlaku zina antara tuan dan isteri sebelum berkahwin. Tuan rela menerima isteri dalam banyak keadaan dan tuan sanggup melupakan segala kenangan silam demi untuk membahagiakan isteri tuan. Oleh itu tuan perlu berhenti dari memikirkan kisah silam dan tumpukan untuk usaha berada dekat dengan isteri tuan.

Tuan yang dihormati, yakinlah bahawa menjadi seorang pemimpin dalam keluarga , sangat besar tanggungjawabnya terhadap diri dan orang yang dipimpin. Ketahuilah bahawa tuan sudah berada di atas landasan yang benar, maka teruskan perjalanan dan perjuangan.

Usahakan agar isteri tuan tidak kembali kepada jalan perzinaan dengan sentiasa berada dekat dengannya, lupakan kisah silam masing-masing dan terima anugerah kebahagiaan ini untuk mempertingkatkan usaha merapatkan hubungan dengan Allah S.W.T. Bantu isteri untuk takutkan Allah S.W.T dan beriman dengan Allah S.W.T kerana sesungguhnya apabila manusia takutkan azab Allah S.W.T maka dia akan berusaha menjauhkan dosa.


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post