[VIDEO] Sambutan Pelik Aidilfitri, Sekumpulan Jemaah Menari Dalam Masjid. Imam Kena Kecam

[VIDEO] Sambutan Pelik Aidilfitri, Sekumpulan Jemaah Menari Dalam Masjid. Imam Kena Kecam

SEBUAH video yang memaparkan sekumpulan jemaah menari-nari bak pesta dalam sebuah masjid di Jeddah, Arab Saudi sempena sambutan Aidilfitri kini tersebar meluas di Internet.

[VIDEO] Sambutan Pelik Aidilfitri, Sekumpulan Jemaah Menari Dalam Masjid. Imam Kena Kecam
[VIDEO] Sambutan Pelik Aidilfitri, Sekumpulan Jemaah Menari Dalam Masjid. Imam Kena Kecam
Video berdurasi 45 saat itu sekali gus mengundang kemarahan netizen yang berpendapat jemaah yang menari itu sebagai tidak menghormati rumah Allah.


ARTIKEL MENARIK: Lelaki Ini Nikah Dengan Patung, Selepas 9 Bulan Kemudian Lihat Apa Yang Berlaku Sangat Mengejutkan

Insiden itu turut mengakibatkan imam dan muazzin Masjid Omar Basabirin disoal siasat oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi.
Sementara itu, pengarah cawangan kementerian itu di Makkah, Ali Salem Al-Abdali berkata, memainkan lagu dan menari di masjid telah melanggar kesucian rumah Allah.
Katanya lagi, kedua-duanya berkemungkinan dipecat daripada jawatan tersebut sekiranya mereka mengetahui insiden tarian di rumah Allah tersebut, lapor Saudi Gazette.
Bagaimanapun, imam masjid berkenaan iaitu Qashmir Al-Qarni memberitahu, dia tidak tahu menahu mengenai insiden tarian itu.
Jelasnya, muzik sememangnya dipasang tetapi lagu yang dimainkan adalah berunsur Islam dan kenegaraan sahaja.
“Jika ada orang yang menari dalam masjid ini, ia mesti berlaku tanpa pengetahuan atau izin saya,” katanya.


Menerusi video tersebut, sekumpulan jemaah dilihat asyik menari mengikut rentak muzik manakala segelintir jemaah lain pula hanya menjadi penonton dan menikmati jamuan yang disediakan. – MYNEWSHUB.CC


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post