“Tanam ketum tidak salah disisi undang-undang. cuma kalau petik, proses dan edar baru dikenakan tindakan” – Ketua Polis Negara

“Tanam ketum tidak salah disisi undang-undang. cuma kalau petik, proses dan edar baru dikenakan tindakan” – Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tidak salah untuk menanam daun ketum bagi tujuan komersial kerana ia tidak termaktub dalam peruntukan undang-undang.

“Tanam ketum tidak salah disisi undang-undang. cuma kalau petik, proses dan edar baru dikenakan tindakan” – Ketua Polis Negara
“Tanam ketum tidak salah disisi undang-undang. cuma kalau petik, proses dan edar baru dikenakan tindakan” – Ketua Polis Negara
Beliau berkata, seseorang boleh dikenakan tindakan hanya jika wujud aktiviti memetik, memproses dan mengedar daun ketum.


ARTIKEL MENARIK:

1. [VIDEO] 'Kalau Betul Tak Bersalah, Kenapa Ustazah Itu Diamkan Diri?' - Kakak Mangsa

2. Tidak TAHAN Di Fitnah, Sepupu Tampil Dedahkan PENIPUAN BESAR Cikgunya!

3. Tampar Pelajar Sehingga KOMA. Ini Cerita SEBENAR Apa Yang Pelajar Itu LAKUKAN Di Sekolah !!!

4. "Tolong Jangan Percaya Cakap Cikgu! Saya Ada Bukti! Ini Buktinya!" Tidak Tahan Melihat Sepupunya difitnah Akhirnya Pelajar Ini Tampil Dedahkan PENIPUAN BESAR Cikgunya! Korang Tengok Sendiri!

5. Lepas Sekian Lama BERDIAM, Akhirnya Bapa Nur Syahida DEDAH Cerita Sebenar, Segala Penipuan TERBONGKAR !

“Tanam ketum tidak salah disisi undang-undang. cuma kalau petik, proses dan edar baru dikenakan tindakan” – Ketua Polis Negara

Justeru, kata Khalid, cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk menanam pokok ketum bagi tujuan eksport adalah dibenarkan, namun perbincangan perlu dibuat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tujuan kawalan supaya ia tidak disalah guna.

“Dalam undang-undang Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, tidak dinyatakan menanam daun ketum adalah salah.

“Bagaimanapun, saya cadangkan kepada RISDA jika mereka mendapati daun ketum itu ada nilai dalam perubatan dan mahu mengeksportnya, mereka perlu dapat kebenaran dan pandangan daripada KKM kerana KKM saja yang dapat memutuskan perkara itu.

“Tambahan, ketum termasuk dadah berjadual yang boleh menyebabkan seseorang itu khayal jika diambil dalam kuantiti berlebihan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Persidangan ASEANA di Hotel Marriot, di sini, hari ini.

Khalid berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan RISDA untuk menanam daun ketum.

Sementara itu, pada perkembangan berlainan, Khalid berkata, polis tidak boleh membuat kesimpulan atau kenyataan berhubung kehilangan MH370 sehingga kotak hitam pesawat itu ditemui.

“Saya enggan dan tidak akan mengulas sebarang spekulasi berhubung kehilangan pesawat MH370. Rumusan penuh mengenai insiden itu hanya akan dibuat hanya selepas kotak hitam pesawat malang itu ditemui,” katanya.

Sumber : Bharian

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post