Sesi Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2016

Sesi Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2016

Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki dan Wanita.

Sesi Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2016
Sesi Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2016
Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki TD pada tarikh yang akan dimaklumkan di kemudian hari. Calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson.


ARTIKEL MENARIK: Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor Online

Sesi Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2016

Syarat Kelayakan Akademik


  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf oleh Kerajaan dengan Lulus dalam subjek tertentu. Pernyataan Keputusan tidak diterima.
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau setaraf oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma dalam apa-apa kos atau setaraf oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM – dipertimbangkan kemasukan menerusi Skim SPM.

Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT)


  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf oleh Kerajaan dengan mendapat Prinsipal dalam Subjek Syariah atau Usuluddin atau Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau setaraf oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM atau
  • Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran atau Pengajian Islam yang setaraf oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.

Dokumen Dan Sijil Yang Diperlukan

Para pemohon dikehendaki membawa bersama beberapa dokumen asal dan satu salinan dokumen seperti :


  • Kad Pengenalan.
  • Sijil Kelahiran.
  • Sijil SPM
  • Slip Peperiksaan SPM (bagi calon yang menduduki SPM 2015 sahaja)
  • Sijil SKM Tahap 2 dan ke atas
  • Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.


  • Diploma Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia – sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua
  • Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan Sijil Daftar Kelahiran Anak
  • Sekeping gambar terkini berukuran passport
  • Sampul Surat Pos Ekspres (Pos Malaysia – berharga RM3.00) – saiz sampul 220 mm x 110 mm.
  • Kelayakan Perajurit Muda Tentera Darat



________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post