SERAM ! Lelaki Ini Membuktikan Ayat Ruqyah Telah Menyelamatkan Dirinya Dari Terkena SIHIR SYAITAN ! Mohon SEBARKAN

SERAM ! Lelaki Ini Membuktikan Ayat Ruqyah Telah Menyelamatkan Dirinya Dari Terkena SIHIR SYAITAN ! Mohon SEBARKAN

SERAM ! Lelaki Ini Membuktikan Ayat Ruqyah Telah Menyelamatkan Dirinya Dari Terkena SIHIR SYAITAN ! Mohon SEBARKAN

SERAM ! Lelaki Ini Membuktikan Ayat Ruqyah Telah Menyelamatkan Dirinya Dari Terkena SIHIR SYAITAN ! Mohon SEBARKAN

SERAM ! Lelaki Ini Membuktikan Ayat Ruqyah Telah Menyelamatkan Dirinya Dari Terkena SIHIR SYAITAN ! Mohon SEBARKAN

Kuala Lumpur: "Saya tidak memaksa sesiapa untuk percaya. Saya hanya berkongsi kejadian yang berlaku supaya orang lain berhati-hati apabila membeli makanan.


ARTIKEL MENARIK: KISAH BENAR!! Hidup Bergelumang Dengan Dosa,Seperti TIADA PEGANGAN, KINI Anak Imam Kembali Ke Pangkal Jalan. SUBHANALLAH!!

"Apa kata cuba beli nasi lemak yang saya beli dan lakukan seperti yang saya buat," kata ahli perniagaan, Mohamad Ridzuan Bin Nasir, 27, yang memuat naik gambar ‘telur goreng berdarah’ di Facebooknya dengan dakwaan nasi lemak dibelinya ada unsur pelaris jahat atau sihir sehingga menjadi ‘viral’ hari ini.

Menerusi Facebooknya, Mohd Ridzuan mendakwa telur pada nasi lemak itu mengeluarkan tompok merah seperti darah selepas dibuka di depan komputer yang dipasang ayat Ruqyah.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di pejabatnya di Perai, Pulau Pinang, pada 11 Mei lalu dan ia adalah yang pertama kali berlaku dalam hidupnya.

"Saya tidak pernah beli nasi lemak di sebuah warung yang terletak berhampiran pejabat saya di Perai. Selepas membeli nasi lemak itu saya buka dan letakkan di depan komputer di pejabat saya sambil membuka bacaan ayat Ruqyah.

"Saya kemudiannya pergi ke pantri di pejabat saya untuk membuat air,"katanya yang juga bapa kepada seorang cahaya mata berusia 12 hari.

Katanya, dia amat terkejut apabila menyedari telur pada nasi lemak itu mengeluarkan tompok merah seperti darah.

"Semua ini adalah kuasa Allah dan Dia adalah sebaik-baik perlindungan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, dia hanya berkongsi kejadian yang berlaku dan terpulang kepada orang lain untuk percaya atau mempertikaikan tompokan merah seperti darah pada telur itu adalah kicap atau sebagainya.

"Saya hanya memilih telur goreng yang dijual dalam keadaan elok dan cuba mengelak membeli makanan yang boleh menjejaskan kesihatan termasuk telur busuk dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fauzan Yahaya berkata, bacaan Rukyah mujarab dan berkesan bagi melawan sihir.

"Bacaan itu memang sewajarnya dibacakan kepada mana-mana individu yang terkena sihir termasuk ia boleh membuatkan individu itu menangis dan berlaku perkara yang luar biasa.

"Kita perlu percaya sihir itu wujud dan sekiranya sesuatu yang luar biasa itu berlaku, ia tidak mustahil ada kaitan dengan sihir," katanya.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post