Saya berusia 19 tahun dan jatuh cinta dengan bapa saudara saya. Dia juga menyintai saya. Bapa saudara berumur 50 tahun tetapi kelihatan kacak pada kaca mata saya. Dia adalah suami kepada ibu saudara saya. Setahu saya, dia boleh berkahwin dengan saya selepas ibu saudara saya meninggal dunia.
"Saya Akan Bersetubuh Dengan Suaminya Setiap Kali Isterinya Keluar Berkerja" |
ARTIKEL MENARIK:
1. SAH! Rupanya Ini Jantina & Identiti Sebenar Kak Mawar ! Sebelum Ni Pernah Buat Kes BESAR !
2. 'Memang Aku Sengaja Pakai Pakaian Selekeh & Kereta Buruk Bila Pergi Reunion'
Saya pun rasa senang dan sangat sayang padanya apabila bertemu. Selesai menduduki SPM, saya tinggal bersamanya.
Sejak empat bulan lalu dia diberhentikan kerja, hingga sekarang berada di rumah tinggal bersama saya saja.
Isterinya bekerja dan semua anak mereka bekerja. Kami meluangkan masa tinggal bersama di siang hari.
Secara tidak sedar, perasaan kasih dan sayang bertukar menjadi cinta. Hinggalah terjadi sesuatu dalam kehidupan saya.
Kami melakukan persetubuhan hingga beberapa kali. Sekarang saya menyesal dan jiwa saya tidak tenteram.
Saya keliru dan tidak tahu apa patut saya lakukan. Saya sangat berat meninggalkan rumahnya untuk pulang ke rumah ibu bapa saya kerana saya sangat menyayanginya.
Layanannya dan baik pekerti serta budi bahasanya membuatkan saya tak mahu melepaskannya.
RINA, Melaka
KeampunanMu kami pohon, Ya Allah, semoga saudari dirahmati Allah SWT. Masalah yang saudari hadapi bukan masalah cinta, sayang menyayangi, layanan mesra atau ingin berkahwin dengan bapa saudara yang diharamkan oleh agama.
Jauh daripada itu saudari sudah terlanjur dalam melayan nafsu dan batasan pergaulan dalam Islam.
Jauhilah lelaki itu dengan segera. Allah SWT menciptakan nafsu sebagai cabaran untuk manusia untuk mendapatkan syurga yang kekal abadi.
Nafsu hendaklah dikawal, bukan nafsu yang mengawal manusia. Ikutlah apa yang diperintahkan oleh Pencipta Manusia dan alam ini kerana ganjarannya sangat hebat.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Tidak boleh dikahwini seorang perempuan yang dihimpunkan dengan emak saudara sebelah bapa dan tidak boleh antara emak saudara sebelah bapa dengan anak perempuan saudara lelakinya dan tidak boleh dikahwini seorang perempuan dihimpun dengan emak saudaranya sebelah ibu begitu juga di antara emak saudara sebelah ibu dan anak perempuan dari saudara perempuan, tidak yang besar dengan yang kecil dan tidak yang kecil dengan yang besar.” (Hadis Riwayat At-Tarmidzi)
Tumpukan perhatian pada dosa yang saudari lakukan. Bertaubatlah dan kembalilah segera kepada Allah SWT. Mohon keampunan-Nya.
Cari segera mereka yang boleh berkongsi masalah ini dan selesaikannya dengan segera, khuatir tiada lagi rasa bersalah dalam melakukan maksiat kepada Allah SWT.
Saudari seharusnya kuat dengan azam yang baharu, semangat kental dan keinginan yang kuat menjauhi maksiat dengan taubat nasuha yang benar-benar tulus ikhlas semata-mata mencari reda Allah SWT.
Hadirilah majlis ilmu untuk menambah kefahaman saudari mengenai Islam, memperbaiki akhlak dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.Ingatlah manusia tidak semata-mata hidup di dunia saja, malah akan dibangkitkan di akhirat dan dihisab segala amalan baik dan buruk.
Jika amalan baik maka masuklah ke dalam syurga dan kekallah di dalamnya selama-lamanya, jika buruk amalannya dicampak ke dalam neraka dan kekal pula di dalamnya untuk selama-lamanya.
Post a Comment