Korang Tengok Sendiri!! 'Macam Mana Aku Nak Hormat Polis Malaysia ! Kau Tu Melayu, Kau Tu Islam !'
Korang Tengok Sendiri!! 'Macam Mana Aku Nak Hormat Polis Malaysia ! Kau Tu Melayu, Kau Tu Islam !' |
ARTIKEL MENARIK:
1. [VIDEO] 'Kalau Betul Tak Bersalah, Kenapa Ustazah Itu Diamkan Diri?' - Kakak Mangsa
2. Tidak TAHAN Di Fitnah, Sepupu Tampil Dedahkan PENIPUAN BESAR Cikgunya!
3. Tampar Pelajar Sehingga KOMA. Ini Cerita SEBENAR Apa Yang Pelajar Itu LAKUKAN Di Sekolah !!!
4. "Tolong Jangan Percaya Cakap Cikgu! Saya Ada Bukti! Ini Buktinya!" Tidak Tahan Melihat Sepupunya difitnah Akhirnya Pelajar Ini Tampil Dedahkan PENIPUAN BESAR Cikgunya! Korang Tengok Sendiri!
Menurut Muhamad Haziq, nilai daging yang diperas itu mencecah ribuan ringgit. Tulisnya di Facebook:
Kepada pegawai penyiasat (IO) Gua Musang yang datang marah-marah, buat berlagak dan sombong engkau tu, sedikit pun aku tak hormat engkau! Kerana cara engkau bercakap macam betul engkau berkuasa. Engkau Melayu, engkau beragama Islam, tolong cakap baik-baik. Macam mana aku nak hormat Polis Malaysia ni? Anda semua tengoklah, buat kerja sedikit, minta (pau) daging berkotak-kotak. Nilai bukan ratus ya tu, ribu tu.
Disebabkan polis macam engkau, busuk habis nama polis ini. Kita dah elok tidak memberikan rasuah, tetapi polis yang minta.
Tak bagi kena marah, tak bagi tak boleh berunding (kau tim). Anda nilai sendiri. Terima kasih PDRM.
Dalam kemalangan itu, lori yang membawa muatan daging milik majikan Muhamad Haziq mengalami masalah pecah tayar sewaktu menuruni bukit dalam keadaan hujan. Lori terbalik dan menyebabkan seorang penumpang lori patah kaki. Pemandunya pula tidak mengalami kecederaan.
Menurut Haziq juga, kejadian yang berlaku semalam (28 Julai) itu telah dilaporkan kepada sepupunya yang juga seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Meminta gambar-gambar yang ditangkap sewaktu pegawai tersebut memindahkan kotak-kotak berisi daging ke dalam bonet kereta polis diviralkan, Haziq turut menjemput pihak polis datang berjumpanya. Setiap kotak daging itu beratnya ialah 20 kilogram.
Saya ada di pasar Berek 12 ini saja. Mari sini minum air.
Rata-rata Netizen menyifatkan perbuatan anggota polis tersebut melampau dan meminta gambar-gambar itu diviralkan. Disertakan gambar-gambar pegawai polis itu di bawah:
Sumber: Muhamad Haziq Had
Post a Comment