Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan Tugasan Geografi PT3 2016
Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan Tugasan Geografi PT3 2016 |
Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan
Menurut sumber Wikipedia, Pengangkutan atau dalam Bahasa Inggerisnya - Transport adalah merujuk kepada
Kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu/ barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki.
Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa dan lain-lain seperti Pengangkutan darat, Pengangkutan laut dan Pengangkutan udara yang meliputi Pengangkutan manusia (umum dan individu) serta Pengangkutan kargo (barangan).
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, pengangkutan juga boleh didefinisikan sebagai
Suatu konsep cara pemindahan daripada suatu tempat ke tempat yang lain Pengangkutan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pengangkutan melalui jalan darat, pengangkutan jalan air dan pengangkutan jalan udara
Antara sistem pengangkutan yang terdapat adalah sistem kereta api, kereta dan lori untuk jalan darat. Jalan air/ maritim seperti Feri, kapal minyak dan bot layar manakala untuk jalan udara pula adalah seperti kapal terbang, kapal kargo dan jet persendirian.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sistem pengangkutan bermaksud sistem kenderaan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api di sesuatu kawasan. Dikawasan kajian saya iaitu Telok Panglima Garang, terdapat pengangkutan awam seperti bas Cityliner dan teksi yang menawarkan harga yang berpatutan.
Rujukan :
- Chong Mui Sen, Azizan Hj. Abu Samah,2003. Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Kuala Lumpur : Percetakan Saufi Sdn. Bhd.
- Kamus Dewan (Edisi Keempat).(2015). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh itu, Pengangkutan dapat diertikan sebagai suatu cara memindahkan barangan atau penumpang. Konsep pengangkutan boleh dikaitkan dengan nilai wang sekiranya ia digunakan bagi menjelaskan kos dan ia juga boleh dikaitkan dengan ruang jika ia digunakan bagi menjelaskan aspek lokasi. Pengangkutan mempunyai sistem yang tersendiri dan terdapat ciri dan pengaruh yang berbeza ke atas setiap kegiatan ekonomi penduduk. Sistem pengangkutan tersebut ialah sistem kereta api, jalan air, jalan raya atau kereta motor, pengangkutan jalan udara, saluran paip dan kaedah pengangkutan yang lain seperti ‘hovercraft’.
Sumber :
Wikipedia
CekguNorazimah
Calon-calon Geografi PT3 2016, Mesti Baca:
1. Geografi PT3 2016: Contoh Rumusan Sistem Pengangkutan
2. Geografi PT3 2016: Cadangkan Penambahbaikan Sistem Pengangkutan
3. Geografi PT3 2016: Masalah-Masalah Sistem Pengangkutan Awam Di Malaysia
4. Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan Tugasan Geografi PT3 2016
5. Contoh cara buat borang soal selidik tugasan geografi PT3 2016
6. Panduan Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2016
1. Geografi PT3 2016: Contoh Rumusan Sistem Pengangkutan
2. Geografi PT3 2016: Cadangkan Penambahbaikan Sistem Pengangkutan
3. Geografi PT3 2016: Masalah-Masalah Sistem Pengangkutan Awam Di Malaysia
4. Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan Tugasan Geografi PT3 2016
5. Contoh cara buat borang soal selidik tugasan geografi PT3 2016
6. Panduan Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2016
Post a Comment