Kisah Benar Suka Duka P Ramlee Yang Tidak Berduit Di Hujung Hayatnya
Kisah Benar Suka Duka P Ramlee Yang Tidak Berduit Di Hujung Hayatnya |
ARTIKEL MENARIK: TERKINI ! Padah HINA Arwah P.Ramlee, David Teo Dapat BALASAN CASH ! PADAN MUKA KAU !
Apa yang ramai tahu hanyalah kemashyuran filem-filem dan lagu-lagunya yang sentiasa mekar malar segar dalam ingatan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Nama P. Ramlee begitu besar setelah pemergiannya sehingga mereka lupa dan tidak tahu bahawa hakikat sebenar P. Ramlee meninggal dunia di dalam keadaan miskin dan dipinggirkan ramai pihak.
Saya sendiri tidak menyangka bahawa nama besar ini melalui kehidupan sangat sukar terutama selepas beliau berhijrah dan berpindah dari Studio Jalan Ampas Singapura ke Studio Merdeka di Ulu Kelang. Kemuncak kerjayanya ialah selepas beliau mengahwini bekas isteri Sultan Perak iaitu Norizan pada tahun 1955. Filem-filemnya ketika era itu mendapat sambutan luar biasa, dan hampir kesemua filem arahan dan lakonannya mendapat kutipan Box-Office.
Kisah Benar Suka Duka P Ramlee Yang Tidak Berduit Di Hujung Hayatnya
Beliau pernah kena boo oleh penonton dan paling perit terpaksa bekerja apa sahaja untuk menyara keluarga termasuklah membuka sebuah kedai Mahjong. Dalam keperitan dan kesempitan hidupnya yang kian dilupai, P. Ramlee masih lagi boleh hulurkan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan.
Latar Belakang P.Ramlee
- Nama sebenar P. Ramlee ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
- Dilahirkan di Pulau Pinang pada hari Rabu 22 Mac 1929 tepat pada pagi Hari Raya Idil Fitri.
- Ayahnya - Teuku Nyak Puteh merupakan seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho' Seumawe, Aceh yang telah berkahwin dengan Che Mah Hussin pada 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.
- Nama Ramlee adalah nama timangan yang diberikan oleh neneknya iaitu ibu Che Mah Hussin.
Foto Ayah dan Ibu Teuku Zakaria |
- Pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke sekolah Francis Light hingga darjah lima. Kemudian beliau menyambungkan pelajaran di Penang Free School.
- Encik Hashim iaitu ayah Allahyarham Ahmad Daud adalah salah seorang guru P. Ramlee di Penang Free School yang banyak membantunya.
- Pernah bersekolah di Japanese Navy School (Kaigun Gakko) semasa pendudukan Jepun. Beliau belajar cara kerja dan bahasa Jepun semasa di sekolah tersebut.
- Tamat belajar sehingga darjah tujuh di Penang Free School selepas tamat Perang Dunia Kedua.
P.Ramlee Pandai Main Biola dan Piano
- Pandai bermain biola dan piano. Belajar bermain biola di sekolah Jepun, dan belajar main piona dengan Encik Kamarudin yang merupakan guru muzik terkenal.
- Menang pertandingan menyanyi anjuran Radio Pulau Pinang khusus untuk Utara Malaya pada tahun 1945 (tempat ketiga), tempat kedua pada tahun 1946 dan juara pada tahun 1947.
- Mula dikenali sebagai P. Ramlee ketika menang dalam pertandingan nyanyian Radio Pulau Pinang. Beliau merasakan nama itu membawa tuah kepadanya.
- Lagu Azizah ciptaan dan nyayiannya adalah lagu yang membawa beliau ke Singapura selepas diundang oleh B.S. Rajhans, seorang pengarah filem dari Shaw Brothers, Singapura.
- Pagi Syawal 8 Ogos 1948 P. Ramlee bersama sahabat baiknya berlepas dengan keretapi ke Singapura untuk ke Studio Malay Film Productions di Jalan Ampas bagi uji bakat.
- Permulaan karier P.Ramlee di Studio Jalan Ampas bermula sebagai 'clapper boy', pembantu jurukamera, selain menyanyi sebagai penyanyi latar.
- Chinta (1948) adalah filem lakonannya pertama. Beliau menjadi seorang penjahat.
- Kawan-kawan P.Ramlee di Pulau Pinang ketawakan lakonan P.Ramlee kerana menjadi penjahat yang kurus kering dalam filem Chinta.
- Filem Bakti adalah filem pertama lakonannya sebagai hero di samping Kasma Booty.
- P.Ramlee adalah bintang filem pertama Malaya yang boleh menyanyi tanpa gunakan khidmat suara latar dalam filem.
Perkahwinan P.Ramlee
- Isteri pertama P.Ramlee bernama Junaidah iaitu anak pelawak D. Harris. Beliau berkahwin pada tahun 1950 atas sebab mahu menjaga hati D. Harris, di sebalik cintanya dengan kakak Junaidah. Jodoh mereka tidak panjang, dan bercerai pada tahun 1954.
- Filem Hang Tuah (1955) arahan Phani Majumdar, adalah filem terakhir P. Ramlee berlakon sebelum P. Ramlee menjadi pengarah.
- Pada 6 Februari 1955, P.Ramlee telah berkahwin dengan bekas isteri Sultan Perak iaitu Norizan. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan cinta pandang pertama antara P.Ramlee dan Norizan. Norizan telah keluar dari kehidupan Istana, dan sejak berkahwin, P.Ramlee tidak pernah menjejakkan kaki lagi ke negeri Perak sebagai menghormati Sultan Perak sehinggalah baginda Sultan Perak mangkat.
- Perkahwinan dengan Norizan berakhir pada tahun 1961 kerana P.Ramlee begitu asyik dengan kerjaya seni sehingga mengabaikan Norizan dan anak-anak.
- Filem Penarik Becha adalah filem pertama arahan P.Ramlee dan telah terpilih sebagai filem terbaik seluruh Tanah Melayu pada tahun 1956.
- Filem Semerah Padi adalah filem pertama arahan P.Ramlee tanpa ada unsur hindustan, dan menjadi antara filem yang hangat diperkatakan ketika itu kerana mengangkat martabat dan adab resam Melayu serta Islam di layar Perak.
- P.Ramlee telah berkahwin secara 'senyap-senyap' dengan seniwati Saloma, iaitu adik kepada seniwati Mariani pada 21 November 1961.
- Perkahwinan P.Ramlee dengan Saloma disifatkan oleh beliau sebagai perkahwinan soulmate.
- Pencapaian tertinggi P.Ramlee ialah memenangi award khas 'The Most Versatile Talent' di Pesta Filem Asia 1963 di Tokyo bagi filem Ibu Mertuaku.
- P.Ramlee adalah anak emas Shaw Brothers Singapura, dan menjadi antara pengarah filem yang berbajet besar ketika itu.
- Akaun bank P.Ramlee dijaga oleh Mr. Kweek, yang merupakan antara sahabat baiknya di Shaw Brothers Singapura.
- 1964 P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka di Ulu Kelang.
- P.Ramlee dapat pengenalan warna biru selepas berhijrah dari Singapura ke Malaya, didaftarkan pada 16 Jun 1964 dengan nama Ramli bin Puteh.
- P.Ramlee mencipta lebih daripada 250 buah lagu sepanjang kariernya.
- P.Ramlee tidak pandai bermain Saksofon, tetapi ramai yang percaya beliau boleh bermain Saksofon menerusi filem Ibu Mertuaku.
- Berlakon 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.
- Tan Sri L.Krishnan adalah merupakan antara guru dan mentornya di dalam perfileman Melayu.
Zaman Jatuhnya Kegemilangan P. Ramlee
- MGR dan Sivaji Ganesan adalah merupakan dua pelakon dari India Selatan yang banyak mempengaruhi cara dan gaya lakonan P.Ramlee.
- Banyak filemnya gagal selepas berpindah ke Studio Merdeka.
- Ditamatkan kontrak nyanyian piring hitam oleh EMI kerana dianggap lagu-lagunya tidak boleh dijual.
- Pernah mendermakan kesemua wangnya di dalam poket RM200 ketika seseorang meminta bantuannya.
- Di zaman akhir kegemilangan, P.Ramlee pernah makan nasi dengan telur kerana tiada wang.
- Dipulau oleh media masa Malaya sehinggalah kematiannya.
- Pernah membuka dua buah syarikat penerbitan filem dengan H.M Shah, seorang usahawan berjaya.
- Filem terakhir arahan dan lakonan P.Ramlee ialah Laksamana Do Re Mi dengan bajet kecil.
Anak-Anak P. Ramlee
- Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
- Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)
- Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
- Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
- Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
- Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
- Betty : Anak angkat
- Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
- Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)
- Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)
P. Ramlee Meninggal Dunia - Ramai Tidak Menyangka dan Terkejut
- Meninggal dunia pada 29 Mei 1973 pada umur 44 tahun akibat sakit jantung semasa dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur.
- H.M Shah membiayai pengebumian Alllahyarham P.Ramlee, dengan memberikan wang sebanyak RM3,000 kepada Saloma.
- Jenazah P.Ramlee dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Video Dokumentari Biografi Tan Sri P. Ramlee
Mungkin ada yang telah menontonnya di saluran History.Akhir kata, sama-sama kita mendoakan kebaikan kepada Allahyarham P. Ramlee. Al Fatihah.
p.s: Sebarang penambahan atau pembetulan fakta, boleh sahaja ditinggalkan di dalam ruangan komen.
Kredit dan Sumber: Kelab P. Ramlee,Wikipedia
Kredit: hasrulhassan
Post a Comment