Tak tahu nak mula dari mana sebab ia sudah berakhir. Tetapi aku rasa aku perlu kongsi sesuatu yang sehingga ke hari ini aku tak boleh hadam apa yang terjadi pada mak aku.
Kisah Benar... 'Abah Aku Tu BODOH ! Perangai Macam Syaitan !' |
ARTIKEL MENARIK:
1. 'HANCURNYA Hati Saya Bila Buka Kerja Suami'- Wanita Ini SEPARUH MATI Bila Jumpa Ini Dalam Beg Suami
2. Kaklong Berubah Selepas Kahwin. Ibu MERAUNG Sebab Kecewa Perbuatan Kaklong Selama 18 Tahun !!
Umur aku? baru 18 tahun. Orang lain bergelut soal pakwe makwe, kerja, study. Aku? Bergelut isu keluarga yang tak pernah sudah kerana jantan bernama ayah. Hati aku dah keras asyik dihidangkan drama realiti playboy tua tak sedar diri. Tambahan pula aku anak perempuan sulung.
Pengajaran pada perempuan yang mungkin mengeluh belum bertemu jodoh, bersabarlah. Jangan jadi terdesak sehingga kita tak tahu dengan siapa yang kita akan tinggal serumah, sebantal dan segalanya. Kedua, jangan jadi perempuan bangang dan percaya bulat-bulat pada lelaki yang sudah beristeri. Tambahan anak ramai pula kononnya dia tidak bahagia. Bullshit itu semua. Maaf jika sepanjang perkongsian yang panjang berjela ini akan membuatkan korang annoyed and bosan.
1. Mak, sekolah tak habis. Last Tingkatan 1. Erti kata lain, dia jenis yang memang tidak terbuka pergaulan. tak pandai cakap banyak-banyak. Apa yang ada, dia terima saja. Berkahwin pada usia yang muda dengan suami yang berasal dari kampung yang sama. Rumah mak dan abah dekat, sampai boleh nampak bumbung rumah. Abah aku askar, yang jenis masuk hutan jarang balik. Maklah yang menguruskan anak dari A-Z dengan apa saja yang ada. Adik-adik aku Alhamdulillah, sangat memahami dan berdikari.
2. Semua bermula 7 tahun lepas semasa kami tinggal di utara Malaysia. Kami semua dapat tahu abah kahwin lain di Siam dengan anak dara. Entah mana dia kena. Fuh, time itu aku rasa macam Wau! Adik bongsu, 1 tahun, makan nasi dengan telur setiap hari, duit sekolah pun dicatu.
"Kau boleh menikah lain? Duit elaun isteri yang tentera potong itu saja yang kau tinggalkan pada kami 7 beranak untuk hidup?"
Abah dah mula angkat tangan dan kaki pada mak masa ini.
3. Episod kejam berterusan bilamana betina itu asyik merengek nak perhatian. Biasalah, isteri muda. Bila abah keluar hutan, dia nak masa dengan abah. Huhu.. Dasar tua ganyut, lupa anak isteri yang ada di rumah. Aku rasa abah aku itu bodoh sampai level langit bila dia bawa perempuan itu datang rumah kami. Rumah kami kecil saja, rumah sewa.
Malam itu, masa aku nak tidur di ruang tamu (kami memang tidur di ruang tamu saja), bentang toto, dan abah beritahu mak suruh dia tidur dengan anak-anak.
"Kau pergi tidur di luar dengan anak-anak. Madu kau nak tidur dalam bilik!"
Aku ingat sampai bila-bila kebodohan jantan itu. Mak aku tidur luar bilik, aku dengar dia menangis. Sampainya hati, Ya Allah. Oh ya, sepanjang 17 tahun kahwin, katil tak pernah ada, kelengkapan rumah seadanya saja. Oh jantan, aku benci dia!
4. Isteri baru ini ada kereta dan bekerja. Mak selalu kata,
"Dia nak tumpang senang dengan isteri itu kot, mak kan tak kerja"
Fuh, aku sedih gila time itu. Tempoh 2 tahun perkahwinan tersebut, kami selalu berhubung dan dikunjungi oleh madu dia. Madu itu pun dah ada rumah sewa berdekatan dengan rumah kami. Cuma mama tak tahu dan tak pernah dibawa ke sana. Aku tak diizin campur hal tersebut. Nak pergi sana naik apa? Yelah, kami cuma ada motosikal buruk, lesen pun tak ada. Naik moto angkut kami adik-beradik pergi balik sekolah sesi pagi dan sesi petang. Adik kecil aku selalu cakap yang madu itu selalu cakap anak-anak itu kotor dan pakai tak up to date. Sedihnya aku, pastinya mak hanya memendam rasa. Budak nak membesar dan baju pakai yg mana ada ja. itu pun sebab dia bukan peduli keperluan kami.
5. Suatu hari, entah ini satu sinaran baru atau ujian. Aku tengok abah balik tiap-tiap minggu pada dia, tak melekat dengan handphone seperti biasa, spent time dengan anak-anak. Seolah-olah abah dah tak ada bersama dengan perempuan itu. Mak cakap perempuan itu pun dah tak datang rumah dah. Baiknya mak aku, siap cuba telefon madu itu pun tak dapat dihubungi. Jadi mak assume madu dia sudah diceraikan. Aku buat hal aku, malas nak peduli. Janji aku jadi anak mak yang baik, tak susahkan dia.
6. Dalam masa terdekat itu, datang satu lori perabot ke rumah kami. Mak tak berani tanya dari mana datang perabot itu sebab mak dah diajar kaki dan tangan. Jadi sekali lagi, kami assume, perabot itu datang dari rumah bekas isteri kedua abah sebab ada bekas perabot yang digunakan. Meja makan, almari, katil, TV, kabinet dapur dan serba engkap semuanya. Aku nampak mak happy bila dia dapat semua itu. Suami yang selalu ada di depan mata dan kelengkapan rumah yang tak pernah ada. walaupun perabut itu milik bekas madu dia punya yang berkahwin tak sampai 2 tahun. Tapi mak, dah hampir 20 tahun kahwin baru nak merasa.
7. Ya, benar. Ini bukan pengakhiran indah apabila lelaki itu katanya berkursus di selatan selama sebulan. Balik dari situ, mak cakap dia dapat rasa yang abah mula buat perangai lama. Entah kali ini kahwin atau tidak. Tapi mak aku dijauhi dan diboikot. Perkara ini berlarutan sehingga mak dan abah tak bercakap selama 5 bulan. Dia hanya bercakap dengan adik-adik aku yang bongsu. Kami 4 beradik ke atas diabaikan sepenuhnya.
Abah balik pada perangai lamanya, melekat pada handphone. Di depan mata aku, mak tanya abah nak makan ke tak. Tapi abah diam saja. Mak sendukkan nasi dan letak di depan baah di depan TV. Kalau dia makan, dia akan makanlah. kalau dia tak nak makan, nasi itu akan dibiar sepi. Mak akan angkat nasi itu dan disimpan di dapur. Meluat aku tengok keadaan itu. Tapi aku takleh nak marah mak sebab dia memang macam itu.
Mungkin aku panggil ini sinaran even ia adalah dugaan. Suatu malam, aku tengah baring di dalam bilik, aku terdengar abah mengamuk. Aku keluar dan lihat, abah sedang cekik mak. Adik bongsu aku menangis. Abah tak berhenti dan masih jelas ayat yang aku anggap pengakhiran semua derita kami selama ini.
"Malam ini aku ceraikan kau!"
Rumah sepi. Cengkaman tangan dilepaskan dan mak terbatuk-batuk, mungkin sakit dicekik. Abah keluar dari rumah, mak bangun dan suruh kami semua tidur. Ayat tenang, tapi muka mak takkan aku lupa. Kami menurut dan masuk ke bilik.
Urusan penceraian sedang berjalan. Mak naik teksi saja pergi ke pejabat agama untuk buat aduan penceraian. Aku rasa kosong, kami keluar dari rumah yang banyak membawa duka ini. Mulakan hidup di kampung mak sejak awal tahun ni. Aku nak bergerak pun rasa tak boleh. Nak sambung belajar, kasihan dengan mak,
Akhirnya aku kerja di sebuah CC untuk aku mencari wang untuk adik-adik sekolah. Mak jual nasi lemak. Dari aku kerja di sini, aku jumpa group Kisah Rumah Tangga. Aku rasa aku muda untuk harungi semua ini. Tapi aku tahu, mak aku lagi sedih. Matilah lelaki dalam hidup aku, selain adik beradik aku. - KRT
Post a Comment