GEMPAR ! Akhirnya Rakan Mangsa Tampil BONGKAR Cerita Sebenar Yg Sangat MENGEJUTKAN !

GEMPAR ! Akhirnya Rakan Mangsa Tampil BONGKAR Cerita Sebenar Yg Sangat MENGEJUTKAN !

KUALA LUMPUR - Pengurup wang yang ditembak maut di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang di sini hari ini baru dua minggu membeli kereta baharu setelah mendapati ada pihak mengekorinya, menurut seorang rakan mangsa.


Rakan yang enggan dikenali itu berkata mangsa yang menjalankan perniagaan itu sejak kira-kira 10 tahun lepas, sebelum ini menggunakan Toyota Camry.

ARTIKEL MENARIK:

1. VIDEO & FOTO Ngeri Kes Tembak Ala Cowboy Baru Berlaku Sebentar Tadi Di Setapak, Kuala Lumpur !

2. Identiti SEBENAR Mangsa TERBONGKAR ! Mungkin Ini Punca Utama Dia DIBUNUH Dengan KEJAM !

3. 'Papa, Jangan Tinggal Kami !!!'... Video Yg Sangat MENYENTUH Hati, Rintihan Anak Lepas Bapa Mereka Ditembak


Anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan ke atas mayat seorang lelaki yang mati ditembak ketika memandu di Danau Kota, Setapak hari ini. - Foto Bernama


"Baru dua minggu dia beli kereta baharu jenis Honda Accord. Dia tukar kereta setelah mendapati ada pihak tertentu memantau pergerakannya," katanya kepada Bernama.

"Saya jumpa mangsa sebulan lepas di sebuah hotel di Jalan Ipoh dan dia tidak mengadu tentang apa-apa masalah (ketika itu). Kelakuan dia seperti biasa," katanya.

Menurut polis, mangsa maut serta-merta dalam kejadian 3.35 petang itu yang menyaksikan 18 das tembakan - 10 daripadanya mengenai mangsa dilepaskan dua penembak yang merupakan pembonceng dua motosikal

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, badan serta paha.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Seorang saksi kejadian berkata bunyi tembakan bertalu-talu yang didengari ketika kejadian disangkakannya bunyi mercun.

"Saya ingatkan hanya bunyi orang main mercun, tak sangka pula ia datang dari tembakan yang bertalu-talu," kata saksi yang hanya ingin dikenali sebagai sebagai Sazwan.

Sazwan berkata, beliau dan dua rakan sedang minum petang di gerai berhampiran tempat kejadian.

Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas dan sejurus selepas itu orang ramai bergegas mengerumuni kereta mangsa.

"Saya terkejut apabila mendekati kereta itu, terdapat banyak kesan tembakan.

Saya nampak pemandu kereta seorang lelaki dah terkulai dengan kesan tembakan pada badannya," katanya.

Beliau berkata tiada penumpang dalam kereta berkenaan.

Katanya sejurus kejadian, orang awam menghubungi polis yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian. - Bernama

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post