Beraya Rumah Makcik. Apa Yang Sepupu Aku Ni Makan Buat Kami KEMPUNAN !!!
GAMBAR SEKADAR HIASAN |
ARTIKEL MENARIK: Masih ingat Permaisuri Aishah yang tiba-tiba menghilang tahun 2001, inilah 12 foto keadaan terkininya yang amat mengejutkan selepas 15 tahun
Aku sebenarnye nak confess pasal perangai sepupu aku yg jenis “makan tak ingt org belakang”. Mungkin sesetengah korang akan cakap, “biar lah dia nak makan”. Tapi bagi aku, dan beberapa ahli keluarga yang lain, “makan tu berpada2 lah”. Okey, kes ni jadi masa raya ke 2 hari tu.
Family aku dan 3 buah family lain, konvoi ramai2 pergi beraya di rumah mak uda aku. Mak uda aku ni, bab memasak memang superb. Kebetulan masa raya tu dia masak bakso. Korang tahu kan, kalau makan bakso, ada bebola daging tu. Bebola daging tu mak uda aku buat sendiri okey, bukan beli dekat kedai. Kire banyak lah dia buat dan selalunya memang sedap.
Tapi waktu kami datang ni dah lewat, bihun bakso memang cukup lah nak makan 4 buah famili lagi, tapi bebola daging tu tinggal dalam 30biji mcm tu.
Nak di jadikan cerita, aku beratur nak ambil bakso tu, depan aku ada sepupu aku yg makan tak ingt org belakang ni. Dia lelaki okay, umur dalam 27 or 28, tak berkerja dan mulut kepochi, mengata org number 1.
Masa sebelum dia cedok kuah bakso tu, aku tengok bebola tu banyak lagi, tapi kau tahu, dia ambil bebola daging tu banyak gila, aku yg berdiri belakang dia masa ni, siap kira di ambil 14 bijik, 14 bijik okay! Weyh, banyak kot, dah lah bebola tu besar2, aku tgk2 dalam bekas kuah tu tinggal beberapa bijik je, nak ambil bnyk2 pon x smpai hati, so ambil sebiji je sbb teringin sgt.
Lepas kejadian tu, org yg belakang2 aku ni ramai yg kecewa, mak uda aku ckp dah habis dah bebola yg dia buat sendiri tu. Hanya beberapa org je sempat makan daging tu, ramai yg termaksa mkn tanpa daging.
Masa sepupu aku ni makan, ramai lah yg pandang mangkuk dia, sungguh wei! Mangkuk dia penuh dgn bebola daging yg sedap tu. Mak lang aku cakap la, “banyaknya ambil bebola, org lain tak makan lagi”, nada mak lang aku biasa je, sekadar cakap mcm menegur. Kau tahu mak dia cakap apa? “Biarlah org nak makan banyak ka sikit kan, kan hari raya”. Lepas tu boleh pulak salahkan mak uda aku sbb buat bebola tu sikit. Woiiiiii, mak uda dah letak 30 bijik kot. Makan tu beringat lah dekat org belakang ni haa. – tati via IIUM.
Post a Comment