PASIR SALAK – Walaupun gembira meraikan kejayaan anaknya di perlumbaan Moto3 Grand Prix Jerman semalam, Pawi Omar tetap terkilan tiada pihak membantu membiayai kos pegawai pengiring untuk Khairul Idham.Menurut Pawi sehingga kini, mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi melancarkan karier anaknya termasuk membiayai pegawai pengiring yang menjaga pelumba negara berusia 17 tahun itu yang lebih dikenali dengan Kip dan Keon.
Bapa Khairul Idham Luah Rasa TERKILAN & KECEWA Walaupun Anaknya Menang Kerana... |
ARTIKEL MENARIK: Inilah Punca Sebenar Aidil Zafuan & Safiq Rahim Buat Keputusan Mengejutkan Untuk Bersara Dari Arena Bolasepak Kebangsaan
“Saya memang gembira bila sekali lagi Keon dinobatkan sebagai juara dan masih berharap ada pihak yang memberi perhatian selepas dia membuktikan kemampuannya, kerana sehingga kini kos pegawai pengiring masih lagi ditanggung kami sendiri.
“Apapun saya berterima kasih kepada kerajaan Perak atas bantuan mereka baru-baru ini dan berharap ada lagi pihak lain yang boleh membantu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam perlumbaan Moto3 di Sachsenring semalam, Khairul Idham membuktikan kemampuan berlumba di atas litar basah apabila memintas satu demi satu pesaingnya selepas memulakan saingan dari petak ke-20.
Kemenangan di Jerman itu adalah yang kedua buat Khairul Idham selepas menawan GP Argentina pada April lalu. Ini adalah musim sulung pelumba itu dalam Moto3.
Pawi berkata beliau tidak pernah melepaskan peluang menonton siaran perlumbaan melibatkan anaknya sejak dari awal Khairul Idham menceburi sukan permotoran.
“Hati ayah mana yang tidak gementar bila melihat perlumbaan tersebut kerana ketika itu hujan dan litar basah.
“Saya risau dia jatuh kerana ada satu ketika dia hampir terjatuh tapi dapat mengawal motosikalnya dan meneruskan perlumbaan seperti biasa,” katanya.
Mengulas lanjut katanya pada babak akhir perlumbaan walaupun Khairul Idham dilihat dalam keadaan selesa untuk menang, debarannya tetap tidak hilang sehinggalah anaknya itu melintasi garis penamat dan menjadi juara.
Ditanya gelaran pakar perlumbaan di litar basah yang diberikan sesetengah pihak kepada anaknya, Pawi berkata anak ketiga daripada empat beradik itu sememangnya menggemari dan berkebolehan beraksi di litar basah.
“Dia ini memang suka berlatih terutama ketika hari hujan. Kalau hujan, dia akan capai jaket lumba dan berlatih di Litar Datuk Sagor, Kampung Gajah.
“Mungkin disebabkan dia sudah biasa menunggang di trek basah, jadi tiada masalah buat dia untuk berlumba dengan baik dalam keadaan seperti itu,” katanya.
Khairul Idham yang kini bersama pasukan Honda Team Asia yang berpangkalan di Sepanyol memulakan kerjaya sebagai pelumba pada 2012 dengan menyertai perlumbaan ‘Honda One Make Series’ sebelum memenangi juara kategori Wira Cub Prix pada 2013, diikuti kejuaraan pada Asia Dream Cup setahun kemudian. – BERNAMA
Post a Comment