SAYU...."Ibu Jangan Risau Along Mati Dulu Sebelum Ibu" Inilah Kata-Kata Arwah Yang Dianggap Gurauan Oleh Ibunya Menjadi Kenyataan !!!
SAYU...."Ibu Jangan Risau Along Mati Dulu Sebelum Ibu" Inilah Kata-Kata Arwah Yang Dianggap Gurauan Oleh Ibunya Menjadi Kenyataan !!! |
ARTIKEL MENARIK: Kisah mengerikan penyelam berusia 80 tahun ini masuk di Segitiga Bermuda yang sangat mengejutkan umat Islam
REMBAU – Ibu kepada Muhammad Hannan Kamarzaman, 26, lelaki yang maut ketika mendaki Gunung Datuk kelmarin tidak menyangka kata- kata anak sulungnya mengenai kematian sebelum ini yang dianggap sebagai gurauan menjadi kenyataan.
Fauziah Omar, 52 berkata, anaknya itu kerap berpesan dan berulang kali mengatakan perkara sama kepadanya agar tidak risau kerana dia akan pergi dahulu menghadap Ilahi.
“Arwah kerap kata ibu jangan risau, Along mati dulu dari ibu. Saya katakan mana boleh macam itu, Along masih muda, belum berkahwin, ibu sudah tua tentu ibu mati dulu.
“Along juga pernah menyatakan kepada saya untuk menunaikan haji atau setidak-tidaknya umrah dan meninggal dunia di Baitullah.
“Malah, walaupun baru sahaja bekerja, Along sudah mencukupkan simpanannya untuk melayakkan dia mendaftar menunaikan haji,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tampin, semalam.
Fauziah yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Perak Jasin berkata, arwah anaknya itu ada meminta kebenaran daripadanya untuk mengikuti aktiviti riadah syarikat bersama 30 rakan sekerja mendaki Gunung Datuk.
Menurutnya, dia memberikan keizinan kepada anaknya memandangkan dia juga pernah pergi ke Gunung Datuk membawa ahli badan beruniform sekolah berkhemah di sekitar lokasi berkenaan suatu ketika dahulu.
“Arwah juga tidak pernah mengadu sakit pada saya, cuma berat badannya mulai naik semasa belajar di universiti.
“Bagaimanapun, semasa di universiti, arwah pernah menjadi pengurus pasukan hoki serta membawa pasukannya bertanding di Thailand.
“Ketika belajar di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, arwah juga aktif dalam sukan Ragbi. Saya masih ingat lagi, arwah menyatakan semasa dia ditemu duga, dia dipilih untuk menjawat jawatan berkenaan kerana dia aktif dalam sukan,” katanya.
Dia berkata, ketika anaknya itu pengsan kira-kira jam 5.00 petang, dia ada menghubungi anaknya untuk bertanyakan keadaannya itu dan sekiranya anaknya itu penat, dia tidak perlu pulang ke rumah seperti yang dikatakan sehari sebelum kejadian.
“Masa saya hubungi, saya tertanya-tanya juga mengapa panggilan saya tidak diangkat, jarang Along tak angkat panggilan saya.
“Rupa-rupanya, semasa saya hubungi Along, dia sudah pengsan dan rakan-rakannya tidak mengangkat panggilan saya kerana tidak tahu apa yang perlu diberitahu.
“Tidak lama selepas itu, rakan anak hubungi saya dan memaklumkan keadaan Along, saya bergegas ke lokasi kejadian bersama keluarga,” katanya.
Jenazah Allahyarham Muhammad Hannan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Sedanan, Selandar, Melaka.
Post a Comment