MAUT Kerana Airbag Rosak. Ini Luahan Adik MANGSA Yang Buat Pihak Honda CUAK !!!
MAUT Kerana Airbag Rosak. Ini Luahan Adik MANGSA Yang Buat Pihak Honda CUAK !!! |
ARTIKEL MENARIK: Makan Di Khalayak Ramai Dalam Bulan Ramadhan. Wanita Bertudung Tanpa Segan Silu MENGAKU 'Hak Saya Nak Makan Secara Terbuka Di Bulan Ramadhan'
Walaupun redha dengan pemergian kakaknya, namun beliau mempersoalkan keseriusan Honda Malaysia dalam menjaga keselamatan pengguna kereta jenama tersebut. Baca lagi:
SAYA BUKA POST INI KEPADA UMUM, BOLEH DIKONGSI SEBAGAI SALAH SATU KEMPEN KESEDARAN
—————————————————
Lihatlah pada keadaan kereta ini.
—————————————————
Lihatlah pada keadaan kereta ini.
Siapa sangka kereta yang kelihatan begitu minor kerosakannya boleh menyebabkan kematian.
Kehilangan nyawa dan kehilangan ibu kepada dua orang anak yang masih di bangku sekolah, yang sulung akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi – menjadikan mereka yatim piatu dalam sekelip mata.
Benar, ajal itu tidak dapat diduga dan tidak menunggu walau pun sesaat.
Kami redha dengan pemergiannya.
Tetapi…
Honda Malaysia sepatutnya menjadikan ini suatu iktibar agar dapat perbesarkan kempen penukaran airbag yang dikatakan bermasalah, dan kini terbukti menyebabkan kehilangan nyawa. Pihak Forensik juga telah mengesahkan punca kematian disebabkan masalah airbag tersebut.
Saya petik dari laporan berkaitan faulty airbag ni;
“Takata-made airbag inflaters can explode with too much force when the airbag deploys in a crash, sending SHRAPNEL SHOOTING into a vehicle’s cabin.”
Persoalannya-Apakah tindakan Honda yang menunjukkan pihak mereka mengambil serius aspek keselamatan pengguna Honda di Malaysia?
Arwah menerima appointment penukaran airbag selepas hari raya. Adakah ini menunjukkan bahawa Honda Malaysia mengambil serius perkara ini? Jika ianya sudah terbukti bermasalah bukankah pihak Honda bertanggungjawab untuk mengambil tindakan segera dan lebih serius demi keselamatan semua pengguna Honda?
Arwah kakak kami sudah pun pergi, tanah kuburnya masih basah.
Tetapi tolonglah, jangan biarkan insiden yang sama berulang.
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Azlin Haron
Mohon doa sahabat dan kenalan semua, buat arwah dan juga anak-anaknya yang masih hidup.
Pada pengguna Honda (City, Accord, Civic), bersegeralah ke pusat servis Honda yang berdekatan untuk pemeriksaan dan penukaran airbag jika perlu.
– Roslinya Latip | KREDIT The Alternatif
BERITA HARIAN METRO : Wanita Meninggal Kereta Bergesel
Petaling Jaya: Seorang wanita berusia 44 tahun maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta di Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara, berdekatan Simpang Uptown Kota Damansara, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, mangsa, Norazlin Haron, 44, memandu kereta Honda Civic bersama dengan tiga anaknya dikatakan bergesel dengan kereta Mercedes Benz dari Sri Gombak menghala ke Kota Damansara.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 11.57 pagi.
“Seramai lima anggota dan pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba dan melakukan pemeriksaan, pihak bomba mendapati mangsa tidak tersepit berikutan keretanya hanya bergesel dalam kemalangan itu.
“Petugas perubatan Hospital Sungai Buloh yang tiba kemudian menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Manakala pemandu sebuah lagi kereta dan tiga anak mangsa tidak cedera,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Post a Comment