Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016. Merujuk kepada Jadual Peperiksaan PT3 tahun 2016, pelajar Tingkatan 3 perlu menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 (Pelbagai Instrumen) berdasarkan kepada tajuk yang akan diberikan kelak.

Kerja Kursus Sejarah PT3 2016
Kerja Kursus Sejarah PT3 2016
Pelbagai Instrumen merupakan salah satu pentaksiran yang terdapat dalam Peperiksaan PT3. Jenis pentaksiran lain yang terdapat dalam PT3 adalah pentaksiran berdasarkan Ujian Lisan dan Ujian Lisan (Mendengar dan Bertutur).


Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Berikut dikongsikan panduan dalam membuat Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.
  • Tajuk Kerja Kursus Sejarah PT3 tahun 2016 : Akan dikemaskini
  • Tarikh : Bermula 19 Jun hingga 1 Julai 2016.

Pelajar boleh merujuk kepada Kerja Kursus Sejarah PT3 2015 bertajuk Dokumen Persetiaan Persekutuan 1895 sebagai penduan dan rujukan dalam membuat kerja kursus Sekarah PT3 untuk tahun 2016 nanti.

Tugasan pelajar hendaklah mengandungi aspek-aspek utama seperti berikut:

  1. Tajuk kajian : Cara membuat objektif, kaedah dan tajuk kajian
  2. Nama penulis : Nama Pelajar
  3. Isi kandungan : Bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki
  4. Rumusan : Pengetahuan/ nilai/ unsur patriosme/ harapan
  5. Menyenaraikan sumber rujukan : Buku/ internet/ akhbar/ majalah

Contoh Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 

Tajuk Kajian : Bangunan Bersejarah Kota A'Famosa, Melaka

Isi Kandungan

Penghargaan

Saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu ................ kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau yang terbaik dalam menjalankan Kajian Kursus Sejarah. Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di Negara kita. Bangunan yang dipilih oleh saya adakah bangunan Kota A'Famosa yang terletak Melaka. 

Objektif Kajian

Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif seperti berikut:
  • a) Kajian ini dilakukan secara amnya adalah untuk mengenal pasti sumber-sumbersejarah yang sahih. Ianya sekaligus akan dapat membantu saya dalam membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.
  • b) Kajian ini dapat antara lain dapat menambah pengetahuan saya tentang bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Ianya juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysiatentang betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapatmenyedarkan kita kepentingan untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.
  • c) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut. Misalnya seperti bangunan Kota A Famosa, ianya menyedarkan saya bahawa perpaduan kaum serta bersifat adil, jujur dan amanah amat penting dan perlu pada diri setiap individu.
  • d) Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga dikalangan generasi muda melalui kajian ini.

Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian tersebut. Antaranya adalah seperti berikut :- 
  • Melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Banyak maklumat yang saya perolehi melalui kaedah tersebut. Salah satu laman web yang saya layari adalah Wikipedia. Wikipedia ialah ensiklopedia di dalam internet. Kita boleh mendapatkan banyak maklumat dan fakta-fakta melaluinya dalam pelbagai bahasa. Selain itu, saya juga merujuk kepada buku teks sejarah tingkatan satu. Di dalamnya ada mempunyai sedikit sejarah tentang Kota A’ Famosa, Melaka

Hasil Kajian

GAMBAR BANGUNAN A’ FAMOSA 


a%2527famosa.png


SEJARAH

Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir di Negeri Melaka iaitu bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ianya merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Penerangan lengkap mengenai A' Famosa boleh dirujuk di :-

Bandar dan kubu Melaka (1780)
INTERNET : http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa

BUKU ILMIAH
Buku teks Sejarah KBSM tingkatan 1

Pengetahuan Dan Nilai Yang Diperolehi Melalui Kajian Bangunan Bersejarah 

Kepentingan Pemeliharan Bangunan Bersejarah

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita.Oleh itu,kerajaan telah menjalankan berbagaibagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.


Hal ini kerana,aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh Portugis di Melaka iaitu bangunan Kota A Famosa dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang, bangunan itu masih kekal dan tidak berubah.Oleh itu,kita mesti berbangga dengan sejarah negara. 


Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini. Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai tempat pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk mempertahankan tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai Negara kita. 

Daripada bangunan bersejarah itu kita akan lebih semangat rajin dan gigih untuk menigkatkan diri sebagai rakyat negara yang maju dan cinta akan agama bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.

Selain itu,melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia negara dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.Misalnya tokoh-tokoh negara yang telah mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan untuk memerdekakan tanah air Malaysia yang kita duduki sekarang.  

Rumusan

Kesimpulannya, kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin Negara kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Oleh itu,kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepada ALLAH S.W.T. kerana telah memberi kita tenaga untuk berusaha memerdekakan tanah air kita ini

Panduan cara membuat Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 ini akan dikemaskini dari masa kesemasa.



 ________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:




BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post