Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah

Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah

Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah

Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah

Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah

Tajuk kerja kursus sejarah PT3 tahun 2016 adalah berkenaan bangunan ataupun binaan bersejarah. Pelaksanaan tugasan ini bermula pada 19 Jun 2016 sehingga 1 Julai 2016.



Di sini, kami cuba sedaya upaya menyediakan jawapan lengkap kepada anda. Bagaimanapun, anda dinasihatkan tidak menir secara bulat-bulat.

Jawapan Lengkap Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

  • Tajuk Kajian : Bangunan Bersejarah di Tempat saya ( anda boleh mengubah mengikut tajuk anda sendiri)
  • Nama Penulis : Ahmad Bin Abu (Letakkan nama anda)

1.0 Penghargaan


Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada pihak yang membantu saya menyiapkan kerja kursus sejarah ini. Terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang membantu dari segi kewangan dan dorongan untuk saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada guru sejarah saya Puan...  yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada saya. Seterusnya kepada rakan-rakan yang sentiasa menghulurkan bantuan dan bekerjasama menyiapkan kerja kursus ini..... (* karang mengikut penulisan anda)

2.0 Isi Kandungan


Bil.

PERKARA

MUKASURAT

1

PENGHARGAAN


2

ISI KANDUNGAN


3

OBJEKTIF KAJIAN


4

KAEDAH KAJIAN


5

HASIL KAJIAN

5.1. PEGENALAN

5.2. STRUKTUR 

BANGUNAN/BINAAN

5.3. SEBAB BANGUNAN DIBINA

5.4. FUNGSI DAN KEADAAN 

BANGUNAN MASA KINI

5.5. LANGKAH MEMELIHARA

DAN MEMULIHARA BANGUNAN


6

RUMUSAN


7

LAMPIRAN


8

RUJUKAN



3.0. Objektif Kajian

  1. Untuk mengetahui nama bangunan bersejarah di tempat saya.
  2. Untuk mengetahui latar belakang dan sebab pembinaan bangunan bersejarah di tempat saya.
  3. Untuk memahami tujuan dan fungsi bangunan bersejarah pada masa dahulu dan masa kini.
  4. Untuk mengetahui usaha pihak masa kini untuk mengekalkan dan memelihara bangunan bersejarah.
  5. Untuk menyedari peranan individu dalam memelihar dan memulihara bangunan bersejarah.
  6. Belajar cara dan method mencari maklumat sejarah.

4.0.Kaedah Kajian

Di dalam kajian kerja kursus sejarah ini, sebanyak 5 kaedah kajian saya telah gunakan untuk mendapatkan maklumat dan informasi, antaranya ialah;

  1. Kaedah temuramah dari penduduk tempatan
  2. Kaedah carian sumber internet
  3. Kaedah kajian dan analisis artikel dari majalah dan akhbar tempatan
  4. Kaedah rujukan dari pusat sumber
  5. Kaedah bimbingan dari guru-guru.
* Huraikan setiap kaedah kajian yang telah anda gunakan*

5.0.Hasil Kajian

*Pecahkan esei anda kepada 4 subtopik yang telah dinyatakan di atas.

* Pilih satu bangunan bersejarah yang berada di tempat anda, dan huraikan mengikut rekabentuk binaan, pelan binaan, bahan binaan , dan cara binaan.

5.1.Struktur Binaan

Lihat di sini contoh binaan --> Link 

5.2. Sebab Bangunan Dibina

* Nyatakan sebab bangunan dibina dan ceritakan secara teperinci *

Lihat sini --> sumber

5.3. Fungsi bangunan / binaan bersejarah masa kini

Huraikan fungsi bangunan tersebut pada masa kini

5.4. Langkah Memelihara dan Memulihara Bangunan Bersejarah


(* isi di bawah adalah dalam bentuk poin, tulis kembali poin berikut di dalam bentuk esei yang panjang)

Usaha-usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di Malaysia

1.     Kerajaan
  • mendapatkan pengiktirafan dpd badan dunia utk mewartakannya sebagai Warisan Dunia/mewartakannya sebagai warisan kebangsaan. Contohnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya, telah meletakkan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai bangunan bersejarah yang perlu dipertahankan dalam Pelan Induk Pembangunan Kuala Lumpur. 
  •  mengekalkannya walaupun mempunyai nilai komersial untuk pembangunan
  • mengekalkan tajuk mengenainya di dalam buku teks
  •  Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan-menjaga struktur binaan bangunan bersejarah
  • Kementerian Pelancongan memasukkannya dalam pakej pelancongan-dijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan.Seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota A famosa, Istana Jugra dan sebagainya
  •  mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan memulihara
  •   menyediakan dana besar untuk mengekalkannya. Sebagai contohnya, usaha membaik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad pada sekitar tahun 2007 yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah menelan belanja sebanyak RM20 juta.
  • diubah menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu. Contohnya, bangunan Balai Polis Bukit Kepong 
  • dijadikan pusat beli-belah atau perniagaan
  • ditukar untuk menjadi bangunan pentabdiran.Sebagai contoh Bangunan Sultan Abdul Samad
  •  ditukar menjadi rumah kebajikan seperti anak-anak yatim, orang tua 
  • keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan. Sebagai contohnya, Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.
2. Sekolah
  • melukiskannya di dinding sekolah
  • mengadakan pertandingan menulis esei mengenai usaha-usaha menjaga bangunan bersejarah
  •  kelab dan persatuan merancang program lawatan ke tempat-tempat bersejarah
  • universiti menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan ini menepati ciri-ciri yg diharapkan
  •  pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah menjalankan kajian tentang bangunan-bangunan bersejarah
  • mengindahkan kawasan persekitaran bangunan bersejarah dengan lanskap yang menarik. Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di bahagian dalam mahupun di bahagian persekitaran turut diperbaiki atau ditambah nilai. Sebagai contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad turut dilengkapi dengan kemudahan ‘lift’, alat keselamatan serta tempat meletak kenderaan

2.     Ibu bapa
  •  membawa anak-anak semasa musim cuti sekolah melawat bangunan bersejarah
  •  menceritakan sejarah mengenai bangunan bersejarah kepada anak-anak

3.     Media massa
  • membuat dokumentari mengenai bangunan bersejarah

6.0.Rumusan

Kesimpulannya, bangunan ataupun binaan sejarah amat penting bukan sahaja untuk generasi masa kini, bahkan generasi hadapan. Hal ini kerana, bangunan bersejarah menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Melihat binaan yang tersergam ini, boleh membantu untuk mengingatkan kita akan sejarah dan cerita di sebalik bangunan tersebut. Seringkali kita mendengar "sesiap yang melupai sejarah, akan mengulanginya kembali" .

 Daripada pepatah ini, kita boleh simpulkan bahawa salah satu cara untuk terus mengingati sejarah adalah dengan melihat sendiri di depan mata tinggalan bangunan bersejarah ini. Kempen dan usaha memelihara bangunan bersejarah ini juga adalah menjadi tanggujawab setiap lapisan masyarakat. Kita bertanggungjawab untuk terus menjaganya.

7.0.Sumber Rujukan

Lihat sini cara menulis sumber rujukan kerja kursus sejarah PT3 2016 --> Sumber


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:




BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post