Hukum Wanita Pakai Gincu Pada Bulan Ramadhan Yang Ramai Tidak Tahu

Hukum Wanita Pakai Gincu Pada Bulan Ramadhan Yang Ramai Tidak Tahu

Saya ingin bertanya mengenai hukum memakai gincu bagi wanita, terutama ketika Ramadan. Adakah batal puasa jika tertelan sewaktu membasahkan bibir?

Hukum Wanita Pakai Gincu Pada Bulan Ramadhan Yang Ramai Tidak Tahu
Hukum Wanita Pakai Gincu Pada Bulan Ramadhan Yang Ramai Tidak Tahu
ZIE, Puchong
Hukum bergincu untuk tabbarruj atau berhias adalah diharamkan, berdasarkan firman Allah kerana ia amalan jahiliyah.


ARTIKEL MENARIK: Dr Zakir Naik Bongkar Ramalan Nabi Muhammad SAW Dalam Kitab Hindu Yang Menggemparkan

Firman Allah yang bermaksud: “... dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang jahiliyah yang dahulu...” (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ia termasuk bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah lelaki. Ini termasuk memakai gincu bibir, memakai pipi merah dan berwangi-wangian di luar rumah. Hukum bergincu dari segi orang yang berpuasa boleh dibahagikan kepada tiga.

Pertama, jika sengaja bergincu adalah dimakruhkan tanpa sebarang tujuan, manakala jika tertelan sesuatu darinya, maka batallah puasanya. Wajib pula menqadanya atau menggantikannya pada bulan lain.

Kedua, bergincu bertujuan sekadar melembabkan bibir, jika tiada rasa atau sesuatu benda sampai ke kerongkong, maka hukumnya harus.

Ketiga, bergincu bertujuan perubatan dan terdesak adalah dibolehkan kerana tujuan yang mendesak itu.

Jika tertelan secara tidak sengaja dalam bentuk yang sangat sedikit, adalah dimaafkan. Sebagaimana disandarkan kepada hukum merasa makanan ketika seseorang itu berpuasa. Wallahualam.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post