Cara Solat Dhuha Yang Mudah Berserta Doa!
Cara Solat Dhuha Yang Mudah Berserta Doa! |
ARTIKEL MENARIK: JOM BACA !!! Ini Cara Mendapatkan Malam Lailatul Qadar
Assalamualaikum semua,
Solat Dhuha boleh dikatakan sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala keberkatan hidup yang diberikan-NYA. Waktu mendirikan solat Dhuha ialah pada waktu pagi, seeloknya dalam pukul 8.00 hingga 11.00 tengah hari. Aisyah selalu solat antara pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi sebab waktu pada masa itu panas matahari baru keluar memancar. Jumlah rakaat solat Dhuha pula paling sedikit 2 rakaat, 4, 8, 12 dan boleh buat beberapa rakaat pun tanpa ada batasan tertentu. Namun, ada riwayat hadis mengatakan bahawa:
“Daripada Anas bin Malik radhiallahu anhu bahawasanya Nabi shallallahu alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat”.
Ringkasnya solat Dhuha adalah seperti berikut:
RAKAAT PERTAMA
1 1) Niat dalam hati untuk sembahyang Dhuha:
“ Sahaja aku sembahyang Dhuha 2 rakaat kerana Allah”
Lafaz niat:
2) Takbiratul ihram
3) Doa iftitah
4) Membaca surah al-fatihah
5) Membaca surah al-Quran, cth: al-kafirun, ayat kursi, as-syam, al-lail (tidak ada
surah yang khusus)
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
RAKAAT KEDUA
1) Membaca surah al-fatihah
2) Membaca surah al-Quran, cth: al-dhuha, al-ikhlas (tidak ada surah yang khusus)
3) Rukuk
4) Iktidal
5) Sujud
6) Duduk antara dua sujud
7) Sujud kali kedua
8) Duduk untuk tahiyat akhir
9) Memberi salam
Doa solat Dhuha:
-----
Akhir kalam, Admin akhiri dengan satu riwayat nabi kita sebagai semangat untuk kita menjadikan solat Dhuha sebagai amalan kita setiap hari. Sesungguhnya, nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda bahawa:“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan”. (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).
Jadi, jom buat solat Dhuha hari-hari ya, In Shaa Allah.
Post a Comment